PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad
memuji tindakan yang dilakukan bekas menteri kewangan Tan Sri Nor Mohamed
Yakcop yang disifat sebagai 'penyelamat' kepada ekonomi negara daripada
mengalami kerugian ratusan bilion ringgit.
Jelas bekas perdana menteri itu, pelantikan Nor Mohamed sebagai anggota jawatankuasa kecil dalam menangani isu berkenaan tepat pada masanya selepas mereka mengadakan pertemuan di Buenos Aires, Argentina antara lewat 1997 dan awal 1998.
Katanya, beliau memerlukan pakar-pakar dalam bidang kewangan bagi membantu kerajaan menangani masalah krisis ekonomi 1998.
"Saya ingin mengesahkan bahawa apabila krisis ekonomi itu bermula, saya memerlukan pakar-pakar dalam bidang kewangan dan urusan mata wang bagi tujuan membantu kerajaan menangani masalah itu.
"Saya teringat bahawa pada satu hari, lewat 1997 ataupun awal 1998, saya pernah ternampak Nor Mohamed di jalan raya semasa saya berada di dalam kereta.