Kabinet Setuju Tubuh RCI Siasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing
KUALA LUMPUR, 21 Jun
(Bernama) -- Kabinet sebulat suara bersetuju dengan syor Pasukan
Petugas Khas (PPK) bahawa terdapat keperluan
menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membolehkan siasatan
terhadap kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
pada sekitar 1980-an dan 1990-an diteruskan.
PPK, yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian tersebut, mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
"Penubuhan RCI ini seterusnya diharap mampu merungkaikan isu ini yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu," menurut PMO.

PMO berkata, PPK
membentangkan hasil laporannya ke Kabinet hari ini, selaras dengan mandat yang
diberikan kepada pasukan itu untuk mengemukakan hasil laporan tersebut ke
Kabinet dalam tempoh tiga bulan selepas penubuhannya.
Dalam laporan
tersebut, PPK mendapati wujud kes prima facie bagi kerugian BNM sekitar 1980-an
dan 1990-an dan telah mencadangkan penubuhan RCI.
"Penubuhan RCI
ini akan membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dapat dilakukan
berdasarkan lunas-lunas perundangan dan dilindungi (immunity) di bawah Akta
119," menurutnya.
Penubuhan RCI itu
juga bertujuan menjaga kepentingan awam, di mana kerugian sebenar BNM akibat
urus niaga mata wang asing melibatkan Rizab Negara dapat dipastikan, katanya.
PMO berkata, kerajaan
berterima kasih kepada Pengerusi PPK, Tan Sri Mohd Sidek
Hassan dan anggotanya serta sekretariat PPK di Kementerian Kewangan yang telah
memberikan komitmen penuh dalam menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian
itu dengan telus, bebas dan adil. -- BERNAMA