Kecewa dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang
menghalang kebebasan bersuara untuk ahlinya, Exco Angkatan
Bersatu Anak Muda (Armada), Muhammad Hafiz Azhar tidak menolak
kemungkinan untuk keluar daripada parti itu.
Muhammad
Hafiz berkata, jika dia bertindak meninggalkan parti tersebut, lebih 1,000
ahli PPBM yang selama ini menyokongnya juga akan
bersama-sama meninggalkan parti yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun
Dr. Mahathir Mohamad itu.
Katanya, dia
kesal
dan kecewa apabila ahli keluarga
termasuk beliau dihentam teruk di media-media sosial setelah meminta
penjelasan mengenai kekayaan luar biasa anak-anak Pengerusi PPBM dan juga skandal
Nika Ghee yang didakwa membabitkan Presiden PPBM,
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya kesal apabila salah memilih perjuangan kerana
saya sangkakan PPBM sebuah parti yang memberikan kebebasan untuk bersuara
kepada anak muda tetapi sangkaan saya silap.
“Saya ada
terfikir untuk meninggalkan parti, tetapi saya perlu bincangkan dengan
rakan-rakan terlebih dahulu mengenai hal ini,” katanya dalam sidang akhbar di
sini hari ini.
Sebelum ini
Muhammad Hafiz yang juga Pengerusi Biro Keselamatan Armada meminta Muhyiddin
tampil dan membersihkan nama dengan menafikan tuduhan skandal bersama seorang
wanita.
Beliau juga
mahu Dr. Mahathir menjelaskan mengenai kekayaan luar biasa anak-anaknya.
Disebabkan
tindakannya itu, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu Muhammad
Hafiz dirujuk kepada Lembaga Disiplin.
Menurut Muhammad Hafiz, tindakan tentera siber yang
menghentamnya selepas bertanyakan soalan kepada kepimpinan PPBM juga
menunjukkan parti itu tidak mengotakan janji dalam memberikan kebebasan
bersuara kepada golongan muda.
“Apabila
soalan ditanya kepada pimpinan, saya dituduh pemakan dedak UMNO sedangkan
soalan yang ditanya dibiarkan tanpa sebarang jawapan.
“Kepada anak
muda yang mahu memilih PPBM sebagai landasan perjuangan mereka, saya nasihatkan
lihat apa yang terjadi kepada saya terlebih dahulu sebelum mereka memilih parti
ini,” katanya.
Sumber: KLIK DISINI