Jumaat, 23 Jun 2017

LIM GUAN ENG TAKUT DENGAN BAYANG2NYA SENDIRI

Hubungi Saya?” Soal Tan Seng Giaw Kepada Lim Guan Eng

Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw menafikan beliau sukar dihubungi seperti mana yang didakwa oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.“Susahkah untuk hubungi saya. Kamu dapat hubungi saya. Berapa kali kamu menelefon saya? Sekali, dan kamu dapat bercakap dengan saya. Saya tidak dapat lihat bagaimana saya tidak dapat dihubungi. Saya telah menjawab soalan kamu,” katanya kepada Astro AWANI apabila dihubungi menerusi telefon bimbitnya.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada dakwaan Ketua Menteri Pinang, Lim Guan Eng bahawa Dr Tan Seng Giaw tidak dapat dihubungi sejak awal tahun ini.
Perkara itu diberitahu Lim Guan Eng semasa ditanya oleh wartawan mengenai status Facebook Dr Seng Giaw yang mengadu mengenai tahap ‘kehijauan’ di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng berkata DAP akan menangani kritikan tersebut secara dalaman, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.
“Kami akan berurusan dengannya (Dr Tan Seng Giaw) secara dalaman, tetapi beliau tidak berkomunikasi sejak awal tahun ini, kami juga tidak dapat menghubunginya,” katanya.
Ahad lalu, Dr Tan Seng Giaw menulis di halaman Facebooknya, mengingatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya menjaga alam sekitar.
“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja.
“Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan,” katanya dalam catatan itu.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...