Rabu lalu, enam wanita yang terbabit dalam aktiviti tidak bermoral bersama Hot Daddy di aplikasi X telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Empat daripada enam wanita terbabit mengaku bersalah atas kesalahan memiliki video lucah dalam telefon bimbit dan peranti.
Majistret kemudian menjatuhkan hukuman denda antara RM2,500 hingga RM4,800 terhadap penganggur Nurnabilah Ayuni Hanafi, 22; pemandu pelancong, Amira Natasha Mohammad, 26; penuntut universiti, Nur A’liaa Muhamad Rosly, 22, dan eksekutif pemasaran, Farah Adila Hanum Khairuddin, 36.
