Memaparkan catatan dengan label Isu MB Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu MB Kedah. Papar semua catatan

Ahad, 21 Ogos 2022

#SKANDAL GUNONG INAS: TIGA KOLAM AIR DI PUNCAK GUNUNG INAS AKAN DIMUSNAHKAN

 


BALING: Tiga kolam takungan air bersaiz gelanggang futsal di puncak GUNUNG INAS AKAN DIMUSNAHKAN DALAM TEMPOH TERDEKAT berikutan ia didapati boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk sekitar.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata beliau sudah merujuk masalah itu kepada PERDANA MENTERI, DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB YANG BERJANJI AKAN MENYELESAIKANNYA SEGERA.

Jelasnya, keputusan sudah dibuat bahawa tiga kolam yang dibina SYARIKAT LADANG DURIAN MUSANG KING terbabit perlu dirobohkan demi memastikan keselamatan penduduk.

"Cuma keadaannya ketika ini, kita perlu mencari kaedah bagaimana kolam terbabit dapat diroboh dan dimusnah tanpa menyebabkan masalah lain kepada penduduk di sekitar Kampung Iboi.

"Kita tidak boleh mengambil tindakan tanpa kajian terperinci kerana bimbang air kolam boleh mengakibatkan kepala air berlaku lagi jika alirannya dilepaskan ke Sungai Kupang begitu sahaja.

"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan agensi lain sudah meninjau keadaan kawasan terbabit dan keputusan mengenai kaedah terbaik memusnahkan kolam akan dibuat mereka," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Penyerahan Dana Sumbangan Tabung Bencana Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) yang turut dihadiri Presiden PEKIDA, Datuk Mohd Foad Mat Isa.

BH sebelum ini melaporkan kewujudan kolam dan tandak air di sekitar Gunung Inas yang berisiko pecah pada bila-bila masa sekiranya berlaku hujan lebat di puncak gunung berkenaan.

Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata, beliau tidak pernah menuding jari kepada mana-mana pihak yang dikatakan menjadi punca kejadian bencana banjir lumpur dan aliran puing di Kampung Iboi bulan lalu.

Katanya, keutamaan sepatutnya diberikan kepada usaha memulihkan infrastruktur yang rosak dan membantu penduduk yang terjejas akibat bencana yang berlaku.

"Jika kita lihat kenyataan Menteri Besar (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) tidak mahu tanam semula puncak Gunung Inas kerana Allah akan tumbuhkan, maka tidak sepatutnya tebang apa yang Allah jadikan.

"Tetapi tidak apa kerana perkara sudah berlaku, yang penting kita perlu cari kaedah selesaikan semua masalah ini seperti yang dirancang Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

"Cuma kita masih bimbang keadaan di Kampung Iboi masih umpama bom jangka kerana cuaca hujan berlaku agak kerap dan penduduk akan lari ke masjid berikutan masih dalam kebimbangan," katanya.

Dalam kejadian bencana pada 4 Julai lalu, seramai tiga nyawa penduduk terkorban dan lebih 1,000 rumah terjejas akibat banjir lumpur dan aliran puing yang turut meranapkan 18 rumah.

 

Sabtu, 7 Mei 2016

SAMAN JANGAN TAK SAMAN SELESAI MASALAH

AHMAD BASHAH CAKAP IKUT SEDAP MULUT.
Hari ini pengasas D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menawarkan RM100 juta pula - jika Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempunyai bukti beliau mahu 'merampas' tanah di Kedah.
"Kalau ada bukti mengatakan saya mahu rampai tanah hak Kedah, saya sanggup berikan RM100 juta. Bukan RM30 juta, tapi RM100 juta.
"Saya ada duit, kalau betul-betul saya nak tanah boleh beli tanah di Selangor. Kenapa nak pergi ke cerok Kedah?" katanya pada sidang media di Wisma D'Herbs, Kota Damansara, hari ini.

Rabu, 3 Februari 2016

Mukhriz letak jawatan, Ahmad Bashah MB Kedah

ALOR SETAR, 3 Februari:  Kemelut politik Kedah berakhir apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan untuk melepaskan jawatan Menteri Besar berkuatkuasa serta merta.

Menurut Mukhriz, keputusan itu dibuat selepas dikatakan hilang sokongan majoriti di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Mukhriz juga turut menamakan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanapiah sebagai penggantinya.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan kesetiaan kepada Umno walaupun tanpa jawatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...