KOTA BAHRU, 21 Jan – Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) bagi memajukan Kelantan sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang adalah bukti kesungguhan kerajaan Persekutuan yang menjadi jurang perbezaan dengan kerajaan Negeri tadbiran Pas, kata Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad.
Ujarnya, beza antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah terletak dalam merialisasikan kata untuk kesejahteraan rakyat.
“Itulah bezanya, Perdana Menteri bercakap hanya setengah jam tetapi tujuh projek besar untuk manfaat rakyat diumumkan sedangkan kerajaan Pas mentadbir telah lebih 20 tahun namun pelbagai projek mega masih gagal dilaksana,” katanya kepada UMNO-Online.