Selasa, 22 Januari 2013

Beza BN Dengan Pas… BN Janji Ditepati, Pas Tabur Janji Tak Pasti


KOTA BAHRU, 21 Jan – Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) bagi memajukan Kelantan sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum akan datang adalah bukti kesungguhan kerajaan Persekutuan yang menjadi jurang perbezaan dengan kerajaan Negeri tadbiran Pas, kata Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad.
Ujarnya, beza antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah terletak dalam merialisasikan kata untuk kesejahteraan rakyat.
“Itulah bezanya, Perdana Menteri bercakap hanya setengah jam tetapi tujuh projek besar untuk manfaat rakyat diumumkan sedangkan kerajaan Pas mentadbir telah lebih 20 tahun namun pelbagai projek mega masih gagal dilaksana,” katanya kepada UMNO-Online.
Tujuh projek yang diumumkan ialah pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baharu, perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar.
Projek lain adalah membina masjid terbesar yang menjadi ikon di negeri ini dengan kos kira-kira RM50 juta, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu serta menyelesaikan masalah air.
“BN menepati slogannya ‘Janji Ditepati’ dan ini amat berbeza sekali dengan apa yang dilaksanakan oleh kepimpinan Pas yang telah lebih 22 tahun berkerajaan di Kelantan tetapi pelbagai projek yang dijanjikan gagal dilunaskan selain banyak pula janji lain terus ditabur,” katanya ADUN Kok Lanas.
Tambahnya, pelbagai projek yang dijanjikan oleh kerajaan Pas sebagaimana pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 bilion yang masih beum siap, Bandar Perikanan di Tok Bali, Projek Agro Tourism Pergau, Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian, Jambatan Palekbang dan Kampung Cina, Pelabuhan Darat di Kuala Krai dan macam-macam lagi.
Ahad lalu, Perdana Menteri yang berucap merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong menekankan hanya dengan transformasi maka masa depan rakyat Kelantan boleh diubah dan diperbaiki dan BN sentiasa meletakkan kemahuan tersebut sebagai sebahagian dasar perjuangan parti itu. – MediaUMNO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...