Sepanjang hampur 5 tahun saya memerhatikan senario politik ditanah air, kepelbagaian perkara telah berlaku, ada yang amat menguris perasaan hati kita, ada yang meretakkan pegangan kita, tetapi berkat kesabaran insan yang bernama pemimpin segalanya diatasi dengan tenang.
Keberanian pihak pembangkang memainkan isu yang tidak sepatutnya sedikit sebanyak telah menjadi kemarahan banyak pihak. Demi politik pembangkang akan lakukan apa sahaja.
Perhimpunan Shamsidar baru baru ini telah menunjukkan segalanya, walaupun 10 tuntutan yang dimintak kepada kerajaan adalah hanya retorik politik tanpa tujuan. Kita memahami ianya lebih kepada satu agenda perang psikologi untuk memaparkan kekuatan sempena untuk PRU13 ini.
Apa yang tidak ada dalam perhimpunan kali ini, ada golongan memperjuangkan Komunis, Ada yang memperjuangakn LGBT, ada yang meperjuangkan Punk, ada yang memperjuangkan revolusi. dan ada yang melakukan penyelengan Agama.. Jadi segalanya telah lengkap. lengkap dengan dasar yang diperjuangkan oleh DAP yang berkonsepkan komunisme.
Jika kita membaca sejarah tumbangnya Indonesia pada tahun 1946 akibat campurtangan komunis dan tenaga muda atas nama “Ketuanan Rakyat” kita akan sedia maklum bahawa apa yang PKR DAP perjuangkan bukan sekadar isu politik akan tetapi ianya lebih kepada agenda tersirat.
Pada pandangan saya secara peribadi, saya berani mengakui dan menyatakan bahawa perjuangan yang dibawa oleh PKR hanya lah tidak lebih daripada perjuangan individu bukan sebuah perjuangan yang dikatakan untuk membela rakyat.