Selasa, 29 Januari 2013

Perjumpaan bersejarah Pemimpin Bersama Warga Kemboja


Rhu Rendang 28/01/2013 - Bagi Warga Kemboja yang berhijrah dan menetap lama melebehi 30 tahun, di Kg. Kelulut, Marang sekali-kali tidak menyangka pada hari ini adalah hari yang sangat bersejarah bagi keluarga Kemboja ini kerana telah dikunjungi oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Kunjungan ini telah diatur oleh Ketua Cawangan UMNO serta Pengerusi JKKK Kg. Kelulut bagi memboleh permasalahan yang selama ini menghantui warga Kemboja ini dapat diselesaikan dengan kunjungan PP DUN sendiri. Turut hadir Ketua Pemuda/Puteri UMNO Dun Rhu Rendang dan Ketua Wanita UMNO Marang.

Menurut ketua keluarga Kemboja, Tuan Haji Ahmad bin Haji Musa, 76 tahun beliau telah menetap di Marang lebih kurang 33 tahun bersama isteri dan 9 anak-anak beliau dengan 40 orang cucu. Kesemua ahli keluarganya yang menetap di Kg. Kelulut sekarang seramai 120 orang.

Beliau begitu bersyukur diatas kunjungan yang dibuat oleh Tuan Haji Nik Dir ke rumah beliau pada hari ini dan berjaya menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh beliau sekeluarga. Semenjak beliau tinggal di alamat tersebut, inilah kali pertama seorang pemimpin tertinggi datang melawat beliau bersama ahli keluarga dan mendengar serta sanggup menyelesaikan beberapa masalah yang diutarakan.

Manakala dalam ucapan ringkas, Tuan Haji Nik Dir inilah kali pertama beliau dapat berjumpa dengan keluarga Kemboja, walaupun telah beberapa kali berjumpa di majlis-majlis lain, namun tidak mengenali dengan lebih dekat serta menyelami masalah yang dihadapi.

Beliau berharap perjumpaan yang diadakan ini, tidak setakat hari ini saja dan berharap diteruskan dari masa kesemasa agar tali silaturrahim antara kita dapat dipereratkan lagi.

Sebelum perjumpaan selesai, Tuan Haji Nik Dir telah meluluskan beberapa permohonan daripada keluarga ini, termasuk pembinaan jalan tar bagi menggantikan lorong yang begitu sempit dengan jarak lebih kurang 100 meter. Selain daripada itu menyampaikan bantuan kerusi roda kepada isteri Tuan Haji Ahmad, iaitu Puan Hajjah Rohban binti Ismail, 75 tahun yang sedang uzur dan tidak mampu untuk bergerak jika tidak dibantu dengan kerusi roda.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...