Selasa, 1 Januari 2013

Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Fasa 3 dan 4/2013


Rhu Rendang 31/12/2012 - Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Fasa ke 3 dan 4 berlangsung pada hari ini di Dewan Utama Majlis Daerah Marang. Program melibatkan keluarga dibeberapa buah kampong di Mukim Bandar Marang dan Rusila, melibatkan sejumlah 997 keluarga.

Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku dan dibantu oleh Ketua dan Tim. Ketua Pemuda DUN serta petugas APMT.

Program ini dilaksanakan lebih awal memandangkan telah hampir hari persekolahan 2013, bagi menampung perbelanjaan keluarga pelajar untuk memberi keperluan anak-anak.


Oleh yang demikian beliau berharap ibu/bapa akan terus memastikan anak-anak pergi belajar dan dipantau sepenuhnya, bagi menentukan kejayaan dicapai dipembelajaran demi masa depannya.

Kerajaan telah menyediakan segala peralatan yang lengkap dengan tenaga pelajar yang mencukupi dan 95% adalah ditanggung oleh kerajaan. Kita perlu mengingat kembali sejarah, dimana nasib seseorang itu tidak akan berubah jika ia tidak merubahnya dan diiringi dengan doa, semuga kecemerlangan pendidikan bagi anak-anak dapat dicapai dengan keputusan yang terbaik sebagaimana yang diharapkan.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...