Ahad, 6 Januari 2013

Kemurungan MOK NGOH terubat dengan kehadiran PP DUN


Rusila 05/01/2013 - Mok Ngoh, 83 tahun atau Puan Endut binti Kadir yang tinggal di no. 316, Kg. Rusila, Marang serta keluarga begitu terharu dengan kehadiran Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku beserta rombongan kerumah beliau.

Mok Ngoh yang semakin uzur, namun begitu masih boleh melihat dengan jelas serta memperkatakan sesuatu kepada yang hadir serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji  Nik Dir diatas lawatan tersebut.

Jarak rumah Mok Ngoh dengan Masjid Rusila lebih kurang 100 meter saja. Tambah keluarga Mok Ngoh, sejak ibunya mengidap sakit tua ADUN Rhu Rendang yang juga Ahli Parlimen Marang tidak pernah sekalipun datang melawat ibunya, berlebih-lebih lagi untuk membantu bagi mendapatkan sebarang bantuan daripada Kerajaan, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini.


Sumbangan wang tunai dan juga barangan keperluan telah disampaikan oleh Tuan Haji Nik Dir dimajlis yang telah diatur.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...