Rhu Rendang 05/01/2013 - Orang dewasa dan orang tua janganlah melupai sejarah mereka
sendiri sewaktu berusia muda. Tidaklah rugi untuk menyantuni orang muda dengan
penuh hikmah. Lagi pun, khidmat dan layanan orang muda juga yang
didambakan apabila kaum dewasa makin dimamah usia, serta tidak lagi berdaya!
Pancaroba yang menanti generasi muda bukan
sedikit. Pengaruh hedonisme dan aliran pemikiran ekstrem perlu diawasi. Begitu
pun, generasi dewasa tidak seyogia terlalu keras dalam urusan yang melibatkan
anak-anak muda ini jika tidak mahu mereka menjauhkan diri.
Keceriaan anak-anak muda terserlah apabila mereka didekati oleh pemimpin yang disayanginya, minum petang bersama-sama sememangnya dinanti-nantikan sebelum menjelangnya PRU ke 13.
Kanak-kanak akan terus meniti usia remaja
dan muda sebagai pewaris kesinambungan agama, bangsa dan negara.
Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI