Sabtu, 26 Januari 2013

Amanat Pemimpin sebelum menjelangnya PRU ke 13


Rhu Rendang 25/01/2013 - Perjumpaan Khas Pegawai Pembangunan DUN bersama Ketua Wanita/Pemuda/Puteri/Pengerusi JKKK serta jentera utama BN DUN Rhu Rendang berlangsung di Dewan Utama MDM bermula jam 9.00 malam.

Sebelum perjumpaan bermula, kesemua yang hadir dihidangkan dengan jamuan makan malam, yang dihadiri lebih kurang 200 orang. 

Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh Tuan Haji Nik Dir, tumpuan perjuangan dan gerak kerja UMNO perlu dikemaskini dan dipandang serius bagi membolehkan pergerakan itu mengharungi perjuangan dan cabaran intelektual alaf baru agar matlamat pembabitan mereka dalam arus perdana politik negara tercapai, berlebih-lebih lagi kita berada dipenghujung untuk menghadapi PRU ke 13 yang akan diumumkan oleh PM pada bila-bila masa saja lagi.


Pada masa yang sama semua peringkat mesti memastikan peranan dan tanggungjawab mereka terhadap keutuhan dan perpaduan parti terus terpelihara. 


Peringkat negeri telah menerima arahan, semua Markas Peti Undi dibuka bermula 1 FEB 2013. Pejabat DUN akan membekalkan semua peralatan keperluan seperti kain rentang, bendera, banner dan lain-lain lagi.

Manakala petugas-petugas pilihanraya peringkat DUN dan Peti Undi telahpun disenaraikan mengikut portfolio masing-masing.

Menurut beliau lagi, jentera gerakgempur perlu mengiatkan lagi program-program berkelompok berterusan hingga ke akar umbi  sepertimana yang sedang dijalankan sekarang.

Sekiranya kemenangan kita impikan, seandainya kelangsungan kita dambakan, sebagai sebuah pertubuhan siasah, sebelum terus mengatur gerak, sejenak perlu menoleh ke belakang, supaya dapat mengetahui letak duduk sebenarnya keadaan parti kita. Adakah lebih baik dari semalam? Cukupkah pula persediaan untuk menghadapi hari-hari mendatang?

Pastinya, dalam meniti garis-garis besar perjuangan, langkah-langkah konkrit ke hadapan mestilah penuh berhemah dan berhikmah, ikhlas mendahulukan kepentingan rakyat, bukan dengan helah, menabur janji-janji kosong, tipu daya atau fatamorgana. Barulah segala ikhtiar mendapat rahmat dan keberkatan Ilahi.

Perkara-perkara yang remeh temeh sepertimana yang berlaku semasa pilihanraya yang terdahulu, diharap tidak akan berlaku dalam pilihanraya ke 13 akan datang. 

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...