Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium
Merdeka Sabtu lepas cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab
dengan niat menjatuhkan kerajaan sedia ada, kerana penganjur merasakan ia tidak
boleh menang pilihan raya umum nanti, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
"Jadi mereka berharap dengan meniru, dapat
menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara
Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.
Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah,
kena adakan demonstrasi," katanya kepada pemberita di sini selepas
menghadiri taklimat perkembangan pembangunan Cyberjaya oleh Kumpulan Emkay hari
ini.
Shamsidar ialah isteri timbalan presiden Parti
Keadilan Rakyat Azmin Ali yang akan menjadi saksi kes saman fitnah Datuk Seri
Anwar Ibrahim terhadap Senator Datuk S.Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Sdn
Bhd.
Dr Mahathir berkata perhimpunan anjuran parti
pembangkang itu mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang
menjaga ketenteraman awam.
"Bila pihak berkuasa ambil tindakan akan
dituduh bertindak kasar jika tidak mengambil sebarang tindakan juga tetap
diperkatakan," katanya.