Rabu, 9 Januari 2013

PEMIMPIN PEMBANGKANG MENUNJUKKAN PERANGAI SYAITAN BAGI MEROSAKKAN AKIDAH RAKYAT


anwar-hadi-kit-sabu513
Ini bukan kali pertama Ketua Pembangkang buat perangai di dalam sidang media. Tadi di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, Anwar ulanginya lagi.

Kisahnya bermula apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipersilakan oleh Anwar untuk membaca kenyataan media yang disediakan terlebih dahulu mengenai pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Hadi selesai baca tidak buka kepada pertanyaan wartawan, dan sidang media tersebut diambil alih semula oleh Anwar.

Anwar  menyambut baik pendirian PAS dalam isu tersebut dan terus membidas tindakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengharamkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah di negeri itu.

Menurut Anwar Mais merupakan badan bebas dan kenyataan MAIS tidak semestinya mewakili  kerajaan negeri.

MAIS pagi ini mengeluarkan kenyataan Sultan Selangor yang melarang orang bukan Islam guna kalimah Allah.

Anwar kemudian menambah dengan nada sinis " sebab larangan dan kritikan itu hanya untuk PR sahaja bukan UMNO, termasuk terhadap keluarga pemimpin UMNO menguasai syarikat arak pun belum pernah ditegur oleh MAIS".

Katanya menyindir dan terus buka kepada soalan 'bola lambung' yang lain, soalan berkaitan isu kalimah Allah tidak mahu dijawabnya lagi.

Sultan Selangor hari ini melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang dilaporkan meminta kerajaan membenarkan kalimah Allah
diguna dalam injil berbahasa Melayu, kata Setiausaha Mais Datuk Mohd Misri Idris.

Sebelum itu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencapai pendirian penggunaan kalimah Allah BOLEH digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia  tidak disalahgunakan.

Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada sidang media selepas itu, Hadi berkata, PAS berpendirian kalimah Allah adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Menurutnya, penganut Islam dari berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah apabila menterjemah ke dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

"Walau bagaimanapun, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran," katanya.-8/1/2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...