Memaparkan catatan dengan label RELA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RELA. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mac 2013

Pemimpin bersama Pasukan RELA Daerah Marang


Marang 16/03/2013 - Program Pemimpin bersama Pasukan RELA Daerah Marang telah diadakan di Pusat Latihan RELA Wilayah Timur, Kg. Kemat, Hulu Terengganu semasa latihan ujian kemahir menembak diadakan khasnya untuk anggota dan pegawai RELA seluruh mukim Daerah Marang.

Menurut Pegawai RELA Daerah Marang, Puan Siti latihan seumpama ini sememangnya diadakan pada setiap tahun bagi menentukan semua anggota RELA berada ditahap yang membanggakan terutama penggunaan senjatapi senapang patah dan M16.

Sabtu, 14 Julai 2012

Kerajaan negeri bekal uniform, insurans untuk Rela


Kerajaaan Terengganu bersetuju membekalkan uniform kepada anggota Pasukan Sukarelawan Rakyat (Rela) di negeri ini yang belum memiliki pakaian seragam dalam tempoh terdekat, sebagai menghargai peranan mereka yang sedia mencurahkan tenaga untuk berkhidmat tanpa mengira masa.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata, kerajaan negeri juga akan menyediakan skim insurans berkelompok bagi menjaga kebajikan dan memberi perlindungan kepada anggota yang mengalami kemalangan sewaktu menjalankan tugas masing-masing.

“Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri akan membekalkan uniform kepada anggota Rela yang masih tidak memiliki uniform. Selain itu, kerajaan negeri juga bersetuju untuk menyediakan insurans berkelompok kepada Rela yang bertugas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...