Memaparkan catatan dengan label Persatuan Nelayan Marang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Persatuan Nelayan Marang. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Jun 2012

Pemimpin Bersama Warga Nelayan Daerah Marang



Merchang 21/06/2012 - Program Pemimpin Bersama Nelayan sempena penyampaian bantuan sara hidup RM200 anjuran LKIM dan Persatuan Nelayan Daerah Marang telah diadakan di Dewan Sivik MDM Merchang. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku dan turut hadir Pengarah LKIM Tuan Haji Safiee.

Sebelum program bermula, taklimat oleh Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan turut diadakan bagi memberikan satu gambaran serta titik tolak kepada warga nelayan agar tidak diperdaya dengan peniaga-peniaga yang menaikkan harga barangan yang kian ketara ketika ini.

Khamis, 29 Mac 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 33 PERSATUAN NELAYAN KAWASAN MARANG


Marang 28/03/2012 - Persatuan Nelayan Kawasan Marang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 33 pada hari ini bertempat di Dewan Pusat Sumber Pendidikan Daerah Marang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir Pen. Pegawai Penyelia PN/KN Negeri Terengganu, Tuan Haji Zali bin Ibrahim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...