Bekas Menteri Besar Terengganu, Mat Said yang juga antara penyokong
Deklarasi Mahathir Jumaat lepas, membuktikan kerjasama Mahathir-Pakatan memang
wujud apabila dengan tak semena mena mengusulkan undi tidak percaya ke atas
Menteri Besar, Datuk Seri Razif.
Usul itu bagaimana pun ditolak mentah-mentah oleh Speaker Dewan,
Datuk Zubir Embong.
Hari ini
Mat Said mengugut Perdana Menteri untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya
atau dia akan memecahkan rahsia besar Perdana Menteri.
Ugutan
ini menjadi bahan ketawa netizen, kalau ada rahsia besar, dedahlah, nak tunggu
apa ye tak, apa yang nak dirugikan? Kalau takut, guna Mahathir, si tua tu, ada
apa yang nak dirugikan pun.

