Khamis, 17 Mac 2016

Apa 'Class' Ugut-Ugut Mat Said, Dedahlah Kalau Ada..

Bekas Menteri Besar Terengganu, Mat Said yang juga antara penyokong Deklarasi Mahathir Jumaat lepas, membuktikan kerjasama Mahathir-Pakatan memang wujud apabila dengan tak semena mena mengusulkan undi tidak percaya ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Razif.

Usul itu bagaimana pun ditolak mentah-mentah oleh Speaker Dewan, Datuk Zubir Embong.

Hari ini Mat Said mengugut Perdana Menteri untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya atau dia akan memecahkan rahsia besar Perdana Menteri.

Ugutan ini menjadi bahan ketawa netizen, kalau ada rahsia besar, dedahlah, nak tunggu apa ye tak, apa yang nak dirugikan? Kalau takut, guna Mahathir, si tua tu, ada apa yang nak dirugikan pun.


Tapi sekadar nak kata, inilah cara pengikut Mahathir ini - ugut. Tak dapat apa yang dia nak, ugut. Apa dia ingat semua orang bodoh macam dia ke? UMNO tak perlu orang macam ini, UMNO perlu orang parti, bukan orang milik individu tertentu.

Selain itu, jangan Mat Said ingat dia tu baik sangat. Banyak benda nak dedah pun pasal dia, kalau nak dedah. Cuma kita taknak memalukan dia saja, tapi kalau itu yang dia nak, bersiap sedialah.

Oh, Mat Said ke Korea ya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...