KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mahu
melakukan protes telanjang sambil berjalan dari stadium Shah Alam hingga Bukit
Jalil.
Mengakui tindakan itu sebagai perbuatan
bodoh, Halim Osman menerusi status yang dimuatnaik di Facebooknya berkata, dia
tetap mahu mencabar dirinya, sekiranya dengan cara itu dapat menggulingkan
Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Berjalan telanjang dari stadium Shah
Alam ke Stadium Bukit Jalil jika dengan cara bodoh boleh menurunkan DS
Najib,”katanya.
Halim berkata, ia adalah satu tindakan
yang diwakilinya bersama sebahagian yang menolak kepimpinan Najib.
Sehubungan itu, dia turut memberi
maklum balas menerusi ruangan komennya dengan menyifatkan perkara itu
sebahagian sumbangannya terhadap gerakan rakyat.
“Aku cabar diri aku, sebab aku tahu
kebodohan korang (mereka yang tidak menyokong),”katanya.
Halim turut membidas, seorang daripada
pelayar yang memberi pandangan bahawa tindakannya sebagai bahalol.
“Bahalol mende, yang sokong tu bahalol.
Sampai hari ini tak ada apapun (perubahan),”tulisnya.
Sebelum ini, ada beberapa orang yang
memuat naik status yang hampir sama bagi menyatakan protes mereka terhadap
Perdana Menteri.