Pemantau Malaysia
Baru AMAT TERKEJUT DENGAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN
OLEH YB SALAHUDDIN AYUB, Menteri Pertanian Malaysia yang baru dengan
mengatakan bahawa sejak GST turun kepada 0% dari 6%, 1 Jun, 2018 yang lalu.
Sebagai seorang
sahabat lama yang mengenali Salahuddin sebagai seorang yang mempunyai budi
pekerti yang tinggi, saya agak sedikit kecewa apabila SALAHUDDIN BAGAIKAN SUDAH
DIJANGKITI VIRUS TERPAKSA MENIPU yang selama ini dialami oleh Tun Mahathir dan
Lim Guan Eng. Kalau iapun, mahu
mempertahankan kerajaan barunya itu, berhati-hatilah dalam mengeluarkan
kenyataan terutamanya bila berkaitan dengan angka dan fakta.
Untuk makluman
Salahuddin, indeks harga pengguna akan keluar selepas penghujung bulan setiap
bulan. Ini bermakna, indeks harga pengguna
untuk bukan Jun dimana GST telah diturunkan kepada 0% masih belum keluar.
Tambahan pula ia akan mengambil masa untuk
Jabatan Perangkaan Malaysia mengumpulkan data dari seluruh negara bagi
memastikan harga purata dan penengah yang benar-benar tepat dan betul
dikeluarkan. Sehingga kini, kakitangan DOSM sentiasa mempunyai integriti
yang tinggi dan mengeluarkan hasil bancian dan dapatan mereka secara
professional dan jujur.
Apa yang ingin saya
tanya kepada YB Menteri Pertanian ialah;
(1) Semalam baru 15hb
dan hanya 15 hari telah berlalu semenjak GST disifarkan. Bagaimana dan
berdasarkan data apa YB dapat maklumat harga sayur dan daging turun 30-50%
kerana GST sifar?
(2) Barangan makanan
basah seperti ayam, daging pejal, itik, kambing, sayur dan sebagainya, semuanya memang sudah 0% GST sejak permulaan implimentasi GST oleh kerajaan
BN. Persoalannya, bagaimana mungkin harga turun sehingga 50% jika barangan
tersebut tiada perubahan GST? Ini jelas menunjukkan propaganda harga barang
turun yang rancak dicanangkan oleh media kerajaan adalah satu CERITA REKAAN UNTUK
MENUNJUKKAN KERAJAAN HARI INI BERJAYA MENURUNKQN KOS SARA HIDUP RAKYAT.
