Selasa, 31 Januari 2012

Program Jalinan Rakyat Wanita UMNO Marang


Kira-kira 3000 orang hadir ke program Jalinan Rakyat anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, kelmarin.

Program tersebut turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Marang, Dato’ Yahya Khatib Mohamad; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Toh Puan Hajjah Zaitun Mat Amin; Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman; Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Encik Zaidi Muda dan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Isnin, 30 Januari 2012

Ukom hargai sumbangan penulis blog


Unit Komunikasi Negeri (Ukom) menghargai sumbangan penulis blog di negara ini dalam membantu menangkis serangan pihak pembangkang terhadap kerajaan negeri yang berniat jahat dan mahu menjatuhkan imej pemimpin kerajaan.


Pengarah Ukom, Haji Shamsuddin Sulong, berkata penulis blog yang melemparkan pelbagai fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri tidak sepatutnya berbuat demikian kerana ia bertentangan dengan etika kewartawanan.

Ahad, 29 Januari 2012

Program Konvoi Suara Cakna Komuniti Bersama SINAR HARIAN


Marang 28/01/2012 - Program Konvoi Suara Cakna Komuniti Anda di DUN Rhu Rendang telah dianjurkan oleh Skuad SINAR HARIAN dan telah diadakan di Taman Rahmat, Pulau Kerengga, Marang, Terengganu. Perasmian program telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut sama Tuan Haji Farush, Datuk Razali Idris, Toh Puan Zaiton - Ketua Wanita UMNO Marang, En. Ibrahim - Penghulu Mukim Pulau Kerengga serta kakitangan SINAR Harian.

Sabtu, 28 Januari 2012

74 pegawai, kakitangan APMT terima anugerah


Sebanyak lapan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) menerima anugerah APMT Terbaik.

Lapan APMT yang dipilih mewakili setiap kawasan Parlimen itu termasuklah APMT DUN Jertih dari Parlimen Besut, DUN Permaisuri (Setiu) dan DUN Teluk Pasu (Kuala Nerus).

Bantuan Mayang JKKK Kg. Baru Bukit Kecil, Marang


Rhu Rendang 27/01/2012 - Program Bantuan Mayang JKKK Kg. Baru Bukit Kecil, Marang, Terengganu telah diadakan di Balai Raya Kg. Bukit Kecil, yang telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. 

Jumaat, 27 Januari 2012

Pemimpin masyarakat diminta beri penerangan mengenai Bajet 2012


Pelbagai pihak terutama pemimpin masyarakat diminta memainkan peranan penting dengan mengingati dan menyampaikan secara telus segala maklumat mengenai Bajet 2012 kepada penduduk setempat.

Timbalan Pegawai Kewangan, Pejabat Perbendaharaan Negeri, Haji A. Rahman Yahya, berkata pendekatan itu wajar supaya semua lapisan masyarakat memahami apa yang ingin dilaksanakan kerajaan.


Khamis, 26 Januari 2012

Msjlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR 2011 Dun Rhu Rendang


Marang 25/01/2012 - Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR 2011 bagi DUN Rhu Rendang telah diadakan di Dewan Perpustakaan Awam, Daerah Marang.  Majlis dianjurkan oleh Yayasan Terengganu. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Turut hadir Tim. Ketua Pengarah Yayasan Terengganu.

Rabu, 25 Januari 2012

MB TURUN PADANG BERJUMPA MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN PERHATIAN


Rhu Rendang 24/01/2012 - YB Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said, bersama-sama Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku turun padang menziarahi keluarga En. Hashim @ Nordin bin Ali di Kg. Atas Bukit Jalan Lama, Seberang Marang, Marang, Terengganu kira-kira jam 1.30 t/hari. 

Isnin, 23 Januari 2012

Tiada kemalangan serius sebelum Tahun Baru Cina di Terengganu

Image Detail
Tiada kemalangan serius dilaporkan dalam tempoh dua hari walaupun jalan raya di sekitar negeri ini sesak dengan kenderaan berikutan orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, kata Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw.

Kilang silika bakal tingkat ekonomi penduduk Marang & Setiu

Image Detail
Pembinaan kilang memproses silika yang dirancang di Saujana, Setiu, April ini, bakal mengubah sosio-ekonomi penduduk di daerah Setiu.
Kira-kira 600 peluang pekerjaan baru akan diwujudkan apabila kilang tersebut siap dibina dan beroperasi mulai pertengahan tahun depan.

Ahad, 22 Januari 2012

Peluang remaja tunjuk bakat bola sepak

Image Detail
Remaja berusia 15 hingga 17 tahun berpeluang menunjukkan bakat dan dipilih untuk diserapkan dalam Akademi Bola Sepak Terengganu sempena sesi pemilihan pertama yang dijadualkan pada 25 Januari ini.

Ketua Jurulatih, Cke Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor yang juga jurulatih T-Team berkata, panel pemilihan akan ke seluruh daerah bertujuan member peluang kepada pelajar di seluruh negeri untuk menunjukkan bakat.

Sabtu, 21 Januari 2012

500 pemimpin UMNO Terengganu sertai program pemukiman


Seramai 500 pemimpin UMNO dari seluruh negeri hari ini akan melancarkan program pemukiman selama tiga hari di Janda Baik, Pahang bagi memperkasakan jentera parti dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.


Pengarah program itu, Datuk Wira Rosli Mat Hassan berkata, program tersebut akan dijadikan platform untuk mengenal pasti, memperbaiki serta membuat perancangan bersama dalam misi mengekalkan Terengganu di bawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional.

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina - 23 Januari

Image Detail

Orang ramai dijemput memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina dengan menghadiri Rumah Terbuka sempena sambutan perayaan itu di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu pada 23 Januari (Isnin) ini.

Sambutan yang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari anjuran MCA Bahagian Kuala Terengganu.

Jumaat, 20 Januari 2012

Pas Di Hina Tak Jaga Portfolio Islam di Selangor

Image Detail

Pas sepatutnya berasa terhina berikutan tindakan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam yang sebelum ini disandang oleh parti itu sebelum ini, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

"Tindakan berkenaan merupakan satu penghinaan halus terhadap kepimpinan Pas di Selangor. Daripada apa yang berlaku ini, kita dapat melihat bahawa mereka semakin disisihkan dalam pentadbiran kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Jubli Intan hari ini.

Program Jalinan Rakyat Wanita Parlimen Marang

Image Detail
Kira-kira 2,000 penduduk terutama wanita Umno di jangka menyertai Program Jalinan Rakyat Wanita Parlimen Marang Bersama Menteri Besar Terengganu yang diadakan di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Marang pada 24 Januari.

Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Marang, To’ Puan Zaintun berkata, program tahunan itu diadakan bagi merapatkan hubungan silaturahim antara pimimpin dan penduduk setempat.

Khamis, 19 Januari 2012

Anugerah guru unggul pemangkin martabatkan pendidikan

Pengiktirafan syarikat korporat, Exxonmobil yang memilih 25 guru seluruh Terengganu bagi menerima anugerah guru unggul 2011 mampu menyuntik semangat golongan itu untuk terus mencurah jasa dan bakti terhadap bidang pendidikan selain meningkatkan prestasi pengajaran mereka demi melahirkan modal insan yang lebih cemerlang.

Seorang penerima anugerah, Puan Aminorzie Che Wail, 35, yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok, Setiu, berkata pengiktirafan daripada Exxonmobil itu memberinya semangat dan pemangkin untuk terus berbakti di daerah kelahirannya serta meningkatkan prestasi pelajar di situ supaya lebih cemerlang di masa depan.

Rabu, 18 Januari 2012

LAWATAN KEBAJIKAN PEGAWAI PEMBANGUNAN DUN RHU RENDANG


Marang 17/01/2012 - Lawatan berterusan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang setelah mengenalpasti masyarakat yang memerlukan bantuan tetap diteruskan dengan tidak mengira apa fahaman politik sepertimana yang telah dilaksanakan. Di Kg. Bukit Kecil, Kelulut, Marang, Terengganu 2 keluarga yang sangat-sangat memerlukan bantuan, yang turut disertai Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang.

Selasa, 17 Januari 2012

LAWATAN PRIHATIN TERHADAP MASYARAKAT PP DUN RHU RENDANG


Marang 16/01/2012 - Lawatan prihatin terhadap masyarakat yang memerlukan bantuan dikawasan DUN Rhu Rendang, Marang telah diadakan di rumah En. Nordin bin Ali, 54 tahun, Kg. Atas Bukit, Jalan Lama, Seberang Marang, Marang. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah melakukan lawatan ke rumah yang dimaksudkan.

Isnin, 16 Januari 2012

PELANCARAN AGIHAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) PARLIMEN MARANG


Marang 15/01/2012 - Program Pelancaran Agihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia Bahagian Parlimen Marang berlangsung di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang.  Perasmian dilaksanakan oleh YB Senator Datuk Abdul Raman Bakar, Pegawai Pembangunan Parlimen Marang. Turut hadir dalam pelancaran tersebut adalah Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang - Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong - En. Zaidi Muda dan Pegawai Daerah Marang - Tuan Haji Abdul Rahman Ali.

Candat sotong mampu tarik ramai pelancong


Kedatangan pelancong ke negeri ini melebihi jangkaan iaitu 3.9 juta orang berbanding sasaran awal 3.4 juta tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Haji Abdul Rahin Mohd Said berkata, pertambahan jumlah ini amat ketara apabila 29,000 orang mengunjungi Karnival Mencandat Sotong pada bulan Mei.


“Berikutan kejayaan program itu, kerajaan akan jadikannya sebagai acara tahunan dan tercatat dalam jadual pelancongan negeri,” katanya selepas sesi pembentangan kertas kerja Karnival Candat Sotong Harian Metro di Wisma Darul Iman semalam.

Ahad, 15 Januari 2012

Op Sikap DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 14/01/2012 – Program Op Sikap yang dianjurkan oleh UMNO DUN Rhu Rendang telah berjaya mengekalkan serta meningkatkan komitmen yang tinggi dari keseluruhan Pengerusi JKKK serta AJK nya dan juga Wanita/Pemuda/Puteri UMNO.  Peningkatan yang begitu ketara dengan semangat jitu telah memberikan satu gambaran yang jelas kedudukan UMNO Dun Rhu Rendang yang diterajui oleh Pegawai Pembangunan DUN, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, yang memberikan suntikan baru kepada mereka agar terus memberi perkhidmatan yang terbaik demi Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta, khususnya DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu.

T-Team Terus Kutip Tiga Mata Pada Perlawanan Kedua Liga Super

Image Detail

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Pasukan bertaraf kelab, T-Team terus mengutip tiga mata penuh pada perlawanan Liga Super setelah berjaya menewaskan Kuala Lumpur 3-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Ketua pasukan T-Team, Zairo Anuar Zalani menjadi wira pasukan tersebut apabila berjaya menyumbangkan dua gol pada minit ke-30 dan minit ke-79, manakala gol terakhir dijaringkan oleh Zacharia Simukonda pada minit ke-69.

Sabtu, 14 Januari 2012

MB minta pertadbir tanah lebih proaktif

Image Detail
Kerajaan negeri mengakui pengurusan pertadbiran tanah kini berhadapan dengan pelbagai cabaran besar bagi menangani perubahan persekitaran yang memberi kesan langsung kepada prestasi perkhidmatan yang disampaikan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, perubahan itu menuntut pegawai yang terlibat di setiap pertadbiran tanah mampu bertindak secara lebih proaktif bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan berprestasi tinggi lebih cemerlang.

Katanya, strategik penting yang harus diberi fokus dalam agenda tranformasi sektor awam ialah memperkasakan agensi barisan hadapan.


“Ini kerana peranan penting yang dimainkan oleh agensi tersebut dilihat begitu kritikal bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Jumaat, 13 Januari 2012

Menteri Harap Kemelut PBSNT, FAM Selesai Dengan Baik


Image Detail

Kementerian Belia dan Sukan berharap kekusutan yang berlaku antara Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat diselesaikan dengan baik.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau mahu melihat badan bola sepak negara dan PBSNT menyelesaikan isu itu secara profesional, bukan secara sentimen dan sebagainya.

"Kita tahu dalam sistem bola sepak FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa), campur tangan kerajaan yang kerap dianggap tidak baik dan saya bimbang kalau terlalu banyak campur tangan kerajaan, politik dan sebagainya, ia boleh memberi ancaman kepada masa depan FAM.

Khamis, 12 Januari 2012

Lembah silika pertama dunia di Terengganu (Marang dan Setiu)


Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan TRG Industrial Minerals Sdn. Bhd. (TIM) hari ini memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk membangunkan lembah silika yang pertama di dunia di Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, pelaburan bernilai RM350 juta melibatkan pembinaan sebuah kilang bersepadu di Saujana, Setiu yang bermula April ini dan beroperasi sepenuhnya pertengahan tahun depan.


Katanya, kerjasama mewujudkan Konsortium Silika Terengganu itu melibatkan pengeluaran pasir silika di kawasan seluas 1,200 hektar di Setiu dan Marang.

Selasa, 10 Januari 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN KUNCI RUMAH PPRT DUN RHU RENDANG

Marang 10/01/2012 - Majlis Penyampaian Kunci Rumah PPRT DUN Rhu Rendang berlangsung di kawasan Perumahan Perpindahan Sungai Kerak Fasa 3, Marang, Terengganu. Majlis perasmian serta penyampaian telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir dimajlis tersebut, Penolong Pegawai Daerah Marang, Penghulu Mukim serta Pengerusi JKKK, Ketua Wanita serta penerima bantuan dan penduduk setempat.

Isnin, 9 Januari 2012

MUNGKINKAH YB DR HASSAN ALI MENYERTAI UMNO YANG PERNAH DITENTANGNYA?

Image Detail
Sememangnya telah dijangkakan YB Dato’ Dr Hassan Ali yang terus memperjuangkan negara Islam dipecat dari Pas kerana perjuangan itu bukan lagi matlamat Pas sekarang.

Pas yang dipimpin Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang berkongsi dengan pimpinan Dap yang jelas anti Islam telah menukarkan untuk menegakkan negara Islam kepada negara kebajikan sahaja dengan membuat dakwaan baru bahawa perjuangan negara Islam tidak ada dalam Al-Quran. (kalau pemimpin Umno membuat kenyataan seperti ini sudah pasti akan dikafirkan!)

Dr.Hassan Ali akhirnya terkorban kerana masih berpegang kepada prinsip lama Pas.

Kadang-kadang kita merasakan pelik bagaimana Pas dan para pemimpinnya boleh berpusing arah sebegitu sekali, tetapi dalam dunia politik segalanya sanggup digadaikan hatta perjuangan asal dan Islam itu sendiri.

Sabtu, 7 Januari 2012

PROGRAM PENGAGIHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2012 - 08/01/2012 @ 2.00 petang


Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:

PROGRAM PENGAGIHAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2012 - 08/01/2012 @ 8.30 pagi


Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:

Polis benar Perhimpunan 901


KUALA LUMPUR 6 Jan. - Polis Kuala Lumpur hari ini membenarkan penganjur Kempen Bebaskan Anwar 901 mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Isnin depan dengan syarat, ia berlangsung dalam keadaan aman dan teratur.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Sehubungan itu, orang awam yang ingin berurusan di kompleks mahkamah tersebut pada berkenaan diminta meletakkan kenderaan masing-masing di Stadium Hoki Jalan Duta atau Bangunan Matrade.

Jumaat, 6 Januari 2012

JKM belanja RM89.8 juta bantu golongan miskin

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri membelanjakan RM89.8 juta daripada peruntukan RM92.2 juta melalui enam jenis bantuan bulanan kepada 32,877 orang golongan miskin sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu (JKMT), Encik Zuhami Omar berkata, melalui bantuan am (negeri), JKM membelanjakan RM44.7 juta membabitkan 19,393 kes.

Manakala Bantuan Kanak-kanak (BBK) JKM membelanjakan RM20.3 juta membabitkan 5,619 kes dan Elaun Pekerja Cacat (EPC) membelanjakan RM9.4 juta membabitkan 2,893 orang.

Encik Zuhami berkata, jabatan juga tidak mengabaikan golongan warga emas dan telah membelanjakan RM9.5 juta dibawah Bantuan Orang Tua (BOT) membabitkan 1,350 orang manakala bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik RM4.1 juta dan bantuan kepada OKU tidak bekerja RM1.5 juta.

Sedia RM1 juta setahun untuk hidupkan konsep 1Kampung 1Koperasi

Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1 juta setahun dalam usaha membantu 491 masjid di seluruh Terengganu menubuhkan koperasi di kawasan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato' Mohamed Awang Tera berkata pihaknya menyasarkan menubuhkan 100 koperasi setiap tahun menerusi konsep 1Kampung 1Koperasi sebagaimana yang diuar-uarkan kepada masyarakat sebelum ini.


Menurutnya, peruntukan dalam bentuk geran sebanyak RM10,000 akan disalurkan kepada setiap masjid sekiranya berjaya menubuhkan koperasi dengan syarat tertentu,

“Melalui bantuan ini sedikit sebanyak mampu menampung kos pentadbiran seperti bayaran pengurusan, beli peralatan pejabat, pembayaran bil utiliti dan sebagainya sebagai permulaan untuk mengerakkan sesebuah koperasi.

Khamis, 5 Januari 2012

2,000 nelayan dan penternak terima bantuan

Kerajaan negeri memberi bantuan RM200,000 kepada 2,000 nelayan dan penternak di negeri ini bagi mengurangkan beban golongan itu khususnya pada musim tenkujuh.


Bantuan RM100 setiap penerima itu disampaikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said pada majlis perjumpaan dengan warga berkenaan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

Rabu, 4 Januari 2012

Lebih separuh pengundi golongan muda

Image Detail
Terdapat 315,835 daripada 597,671 orang atau 52.8 peratus pengundi merupakan golongan muda berusia 40 tahun ke bawah di seluruh negeri sehingga Jun 2011.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT), YB Haji Rozi Mamat berkata, daripada jumlah berkenaan terdapat 106,159 orang atau 17 peratus daripadanya merupakan pemilih baru dan pertama kali menjadi pengundi.


“Daripada jumlah keseluruhan pendaftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berakhir Jun tahun lalu lebih separuh terdiri golongan muda,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri.


“Saya yakin golongan muda hari ini sudah bijak menilai kerajaan mana yang boleh membantu mereka berjaya dalam mengharungi kehidupan pada zaman yang mencabar ini,” katanya.

Selasa, 3 Januari 2012

Ukom anjur Diskusi Bajet 2012


Kerajaan negeri menerusi Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) akan menganjurkan Diskusi Bajet 2012 yang bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada 10 Januari ini, jam 2 petang.

Program bertujuan mendapatkan pandangan dan ulasan ahli-ahli panel mengenai Bajet 2012 yang dibentangkan Menteri Besar dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada 5 Disember lalu.

MAJLIS TAKLIMAT & LAPOR DIRI GURU-GURU KAFA DAERAH MARANG 2011


Marang 02/01/2012 - Majlis Taklimat Dan Lapor Diri bagi Guru-Guru KAFA Daerah Marang 2011 telah diadakan di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang. Majlis dihadiri 450 orang guru-guru KAFA yang baru dan lama untuk memperbaharui tawaran perlantikan bagi tahun 2012.

Isnin, 2 Januari 2012

PROGRAM JASAMU DIKENANG - WANITA UMNO DUN RHU RENDANG

Rhu Rendang - Program Jasamu Dikenang anjuran Pergerakan Wanita UMNO Dun Rhu Rendang telah diadakan di Marang Village Resort. Pengerusi Wanita UMNO Puan Hajjah Azizah Ahmad Shah memaklumkan bahawa seramai 145 orang penerima Bantuan Mayang dikesemua cawangan terpilih melibatkan 29 Cawangan dikawasan DUN Rhu Rendang.

Ahad, 1 Januari 2012

TAHUN 2011 MELABUR TIRAI - AMBANG 2012 MUNCUL DENGAN SERIBU PERSOALAN ???


Rhu Rendang 01/01/2012 - Program menyambut Ambang 2012 Pemuda/Puteri UMNO Dun Rhu Rendang telahpun diadakan di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai dalam suasana yang sederhana, tetapi memberikan satu pendekatan yang padat dan jitu bagi anak-anak muda terutamanya Pemuda/Puteri UMNO Dun Rhu Rendang untuk terus bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air terutamanya kawasan DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...