Jumaat, 27 Januari 2012

Pemimpin masyarakat diminta beri penerangan mengenai Bajet 2012


Pelbagai pihak terutama pemimpin masyarakat diminta memainkan peranan penting dengan mengingati dan menyampaikan secara telus segala maklumat mengenai Bajet 2012 kepada penduduk setempat.

Timbalan Pegawai Kewangan, Pejabat Perbendaharaan Negeri, Haji A. Rahman Yahya, berkata pendekatan itu wajar supaya semua lapisan masyarakat memahami apa yang ingin dilaksanakan kerajaan.



Katanya, pemimpin masyarakat wajar memberitahu pelbagai aspek dan strategi utama yang dilakukan kerajaaan dalam mengurus bajet berjumlah RM1.950 bilion seperti apa yang dibentangkan baru-baru ini.




“Bajet 2012 telah dirangka dengan mengambil kira perencanaan Hala Tuju Pembangunan Negeri Terengganu (HPNT) bagi tahun 2009 sehingga 2013,” katanya ketika memberi taklimat di Majlis Perancangan Bajet 2012 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Seramai 500 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari kawasan Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu hadir mendengar taklimat itu.  Program seumpama itu akan diadakan secara berperingkat-peringkat mengikut zon yang dijadualkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...