Rabu, 25 Januari 2012

MB TURUN PADANG BERJUMPA MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN PERHATIAN


Rhu Rendang 24/01/2012 - YB Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said, bersama-sama Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku turun padang menziarahi keluarga En. Hashim @ Nordin bin Ali di Kg. Atas Bukit Jalan Lama, Seberang Marang, Marang, Terengganu kira-kira jam 1.30 t/hari. 


Semasa lawatan tersebut YB Dato' Menteri Besar begitu terharu diatas penjelasan yang diberikan oleh En. Hashim @ Nordin kerana menjaga ibunya Puan Lijah binti Salleh, 93 tahun yang mengalami sakit tua (nyanyok) serta isterinya Puan Romelo binti Ngah, 56 tahun yang mengidap sakit lumpur sejak beberapa bulan yang lalu. Ketika ini En. Hashim tiada mempunyai sebarang pekerjaan sejak menjaga kedua-dua ahli keluarganya.




Namun begitu bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat telahpun diusahakan dan dijangka bantuan akan diterima dalam jangka masa yang segera sebagaimana penyataan yang dibuat oleh Pegawai Pembangunan  DUN Rhu Rendang.


untuk paparan selanjutnya sila layari facebook berikut:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.153590488088359.32783.100003122271553&type=3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...