Isnin, 16 Januari 2012

PELANCARAN AGIHAN BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) PARLIMEN MARANG


Marang 15/01/2012 - Program Pelancaran Agihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia Bahagian Parlimen Marang berlangsung di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang.  Perasmian dilaksanakan oleh YB Senator Datuk Abdul Raman Bakar, Pegawai Pembangunan Parlimen Marang. Turut hadir dalam pelancaran tersebut adalah Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang - Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong - En. Zaidi Muda dan Pegawai Daerah Marang - Tuan Haji Abdul Rahman Ali.


Seramai 200 orang penerima pertama semasa pelancaran diadakan, dimana 50 orang terpilih daripada setiap DUN iaitu DUN Rhu Rendang, DUN Bukit Payong, DUN Pengkalan Berangan dan DUN Alor Limbat.



Pembayaran dibayar secara tunai berjumlah RM500 setiap seorang penerima. Pembayaran berikutnya bagi DUN Rhu Rendang akan dilaksanakan pada 25hb. 26hb, 29hb. 30hb. dan 31hb. Jan 2012 bermula jam 9.00 pagi di Dewan Utama, Majlis Daerah Marang Kg. Paya, Marang, Terengganu.

Untuk paparan selanjutnya sila laman layari facebook berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...