Ahad, 1 Januari 2012

TAHUN 2011 MELABUR TIRAI - AMBANG 2012 MUNCUL DENGAN SERIBU PERSOALAN ???


Rhu Rendang 01/01/2012 - Program menyambut Ambang 2012 Pemuda/Puteri UMNO Dun Rhu Rendang telahpun diadakan di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai dalam suasana yang sederhana, tetapi memberikan satu pendekatan yang padat dan jitu bagi anak-anak muda terutamanya Pemuda/Puteri UMNO Dun Rhu Rendang untuk terus bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air terutamanya kawasan DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu.


Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku selaku Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu.  Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Bahagian Marang juga merangkap Ketua Pemuda UMNO Terengganu En. Saiful Bahari, Ketua dan Puteri Pemuda UMNO Dun Rhu Rendang serta semua ketua-ketua Cawangan Pemuda/Puteri UMNO.


Dalam ucapan ringkas tapi mantap, Tuan Haji Nik Dir menasihatkan kepada semua pemuda/puteri agar dapat mengingati sejarah pembangunan Daerah Marang terutamanya DUN Rhu Rendang, sejak ditubuhkan hampir 100 tahun, berlebih-lebih lagi diperintah oleh Parti Pembangkang (PAS) sehingga ke hari ini tiada sebarang pembangunan untuk rakyat dibuat.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...