Isnin, 23 Januari 2012

Kilang silika bakal tingkat ekonomi penduduk Marang & Setiu

Image Detail
Pembinaan kilang memproses silika yang dirancang di Saujana, Setiu, April ini, bakal mengubah sosio-ekonomi penduduk di daerah Setiu.
Kira-kira 600 peluang pekerjaan baru akan diwujudkan apabila kilang tersebut siap dibina dan beroperasi mulai pertengahan tahun depan.
Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan TRG Industrial Minerals Sdn Bhd (TIM) telah memeterai perjanjian persefahaman untuk membangunkan lembah silika di Setiu, yang merupakan projek pertama di dunia.


Pelaburan bernilai RM350 juta itu melibatkan pembinaan sebuah kilang bersepadu di Saujana, di mana ia akan mengluarkan pasir silika di kawasan seluas 1,200 hektar di Setiu dan Marang dengan jangkaan keluaran kasar 800,000 tan setahun.

Konsortium itu turut melibatkan kepakaran dan teknologi pemprosesan syarikat tempatan dan antarabangsa dari Jepun, India dan Perancis untuk mewujudkan industri silika di Terengganu.

Projek tersebut juga akan membuka laluan pelaburan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan meningkatkan ekonomi penduduk tempatan, khususnya di sekitar kawasan itu.

Bagi membekalkan silika untuk kegunaan kilang tersebut, dua kawasan deposit silika dikenal pasti mampu bertahan sehingga 75 tahun. Kawasan berkenaan akan melalui kajian kebolehlaksanaan secara teliti dan sistematik mengikut piawaian antarabangsa.

Penggunaan teknologi tinggi dan kepakaran luar negara akan menjamin keluaran gred dan mutu silika yang paling tinggi untuk kegunaan industri khas seperti pembuatan kaca panel solar, TV LED, LCD dan komponen elektronik yang lain.

Berita pembinaan kilang ini pastinya akan menggembirakan penduduk tempatan, khususnya mereka yang tinggal berhampiran Saujana, Setiu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...