Selasa, 17 Januari 2012

LAWATAN PRIHATIN TERHADAP MASYARAKAT PP DUN RHU RENDANG


Marang 16/01/2012 - Lawatan prihatin terhadap masyarakat yang memerlukan bantuan dikawasan DUN Rhu Rendang, Marang telah diadakan di rumah En. Nordin bin Ali, 54 tahun, Kg. Atas Bukit, Jalan Lama, Seberang Marang, Marang. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah melakukan lawatan ke rumah yang dimaksudkan.


Alangkah sedihnya apabila telah dimaklumkan bahawa En. Nordin sendiri telah menjaga ibunya Puan Lijah binti Salleh, 93 tahun yang sakit tua (nyanyok) sejak 5 tahun dan isterinya Puan Romelo binti Ngah, 56 tahun yang mengidap sakit lumpuh sejak 2 bulan yang lalu. Beliau terpaksa berhenti daripada membuat tugas-tugas harian sebagai buruh kerana menjaga ibu dan isterinya.



En. Nordin mempunyai 8 orang adik beradik, 4 lelaki dan 4 perempuan, namun kesemua adik beradiknya tidak sanggup untuk menjaga ibunya yang sakit tua (nyanyok) yang memerlukan kesabaran serta semangat yang kuat demi untuk berbakti kepada ibu tersayang.



Tuan Haji Nik Dir serta Pegawai Kebajikan Masyarakat yang hadir berjanji akan memberikan bantuan sewajarnya dengan segera, agar kesusahan yang ditanggung oleh En. Nordin dapat diatasi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...