Selasa, 10 Januari 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN KUNCI RUMAH PPRT DUN RHU RENDANG

Marang 10/01/2012 - Majlis Penyampaian Kunci Rumah PPRT DUN Rhu Rendang berlangsung di kawasan Perumahan Perpindahan Sungai Kerak Fasa 3, Marang, Terengganu. Majlis perasmian serta penyampaian telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir dimajlis tersebut, Penolong Pegawai Daerah Marang, Penghulu Mukim serta Pengerusi JKKK, Ketua Wanita serta penerima bantuan dan penduduk setempat.


Diantara tiga orang penerima bantuan tersebut ialah Puan Hitam binti Abdullah, Encik Mohamad bin Jusoh dan Encik Roslan bin Hashim. Setiap buah rumah PPRT bantuan Kerajaan Negeri bernilai RM33,000.00.



Pada tahun 2011 sejumlah 10 buah rumah baru PPRT telah dibina oleh Kerajaan Negeri, 10 buah rumah baikpulih selain lebih daripada 30 buah rumah baru PPRT dibina oleh KKLW (Kerajaan Persekutuan) dan beberapa buah lagi di bina oleh RISDA.

Pada tahun 2012 banyak lagi rumah-rumah sedemikian akan dibina dan akan disalurkan kepada masyarakat yang benar-benar memerlukan dan miskin. Rumah pemberian tersebut tidak dibenarkan diubahsuai, melainkan mendapat kebenaran daripada Pejabat Daerah Marang, diatas sebab-sebab tertentu.


Untuk paparan selanjutnya sila layari facebook berikut:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.144570165657058.30415.100003122271553&type=1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...