Kira-kira 3000 orang hadir ke program Jalinan Rakyat anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, kelmarin.
Program tersebut turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Marang, Dato’ Yahya Khatib Mohamad; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Toh Puan Hajjah Zaitun Mat Amin; Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman; Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Encik Zaidi Muda dan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.
Dato’ Seri Haji Ahmad Said dalam ucapannya berkata, beliau sangat teruja dengan kehadiran yang begitu ramai di mana ia menggambarkan kekuatan wanita UMNO Marang yang merupakan peraih undi dalam Pilihan Raya Umum ke -13 nanti.
Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada hadirin supaya terus masuk ke setiap ceruk lorong dan kampong dan berjumpa dengan seberapa ramai pengundi untuk memastikan semua pengundi menyokong Barisan Nasional.
Dato’ Yahya Khatib pula menggesa seluruh tenaga wanita Marang bangkit untuk terus memastikan dua DUN yang dimenangi BN dikekalkan dan menawan DUN Rhu Rendang, BukitPayong serta Parlimen Marang.
Program tersebut merupakan satu langkah yang baik supaya Wanita UMNO Marang terus bersemangat dan maju ke depan dengan tip-tip yang cukup hebat daripada pimpinan tertinggi UMNO Negeri Terengganu.