Khamis, 31 Mei 2018

#FIFA WORLD CUP 2018: RM40 JUTA GUNA TABUNG PAKATAN ???


SAYA menyokong segala usaha kerajaan mempercumakan semua keperluan dan termasuk SIARAN BOLA PERCUMA. Cuma saya persoalkan dari segi fakta negara hampir bankrap yang diwar-warkan oleh kerajaan PH, hutang yang melebihi RM1 trilion dan pelbagai penjimatan yang dipotong termasuk bonus kakitangan kerajaan yang asalnya untuk semua kakitangan kerajaan kemudian dihadkan kepada gred 41 ke bawah, asalnya RM500 dikurangkan kepada RM400 dan lain-lain.

TIBA-TIBA DIUMUMKAN PERUNTUKAN RM40 JUTA UNTUK RTM SIAR PIALA DUNIA PERCUMA. Di dalam normal pengurusan fiskal kewangan, jika keperluan terdesak seperti ada hutang yang AKAN MEMBANKRAPKAN NEGARA, unjuran yang tidak stabil, maka perbelanjaan bukan keperluan sepatutnya dikemudiankan. Tetapi apabila perbelanjaan bukan keperluan terdesak berlaku di dalam keadaan negara yang dikatakan terdesak, maka:
1. Jika perancang ekonomi negara sekarang ini cekap sebagaimana yang digambarkan, MAKA DAKWAAN PH SEBELUM PRU14 ADALAH BOHONG kerana mustahil perancang ekonomi yang baik boleh meluluskan jumlah yang besar yang tidak bersifat keperluan.
2. Jika benar ekonomi sekarang berada di ambang bankrap, tetapi perancang ekonomi negara tetap meluluskan bajet sebegitu, maka kerajaan hari ini hanya pandai mengkritik kerajaan BN dahulu tetapi mereka sendiri sedang membina kerajaan BN 2.0.
Jika no. 1 adalah benar, maka KERAJAAN PH MENANG MELALUI PENIPUAN yang dibuat sehingga menang PRU14. Jika no. 2 adalah benar, maka kerajaan sekarang perlu mendedahkan kepada rakyat chain of payment (rantaian pembayaran) bajet tersebut daripada RTM sehingga kepada penyedia program di peringkat penganjur asal luar negara.
Kekhuatiran ini berlaku disebab normal praktis dalam kerajaan korup mengutamakan perbelanjaan negara ke saluran yang terdapat kroni dan funder parti mereka. Normal juga kerajaan korup menutup projek rakyat disebabkan saluran bajet itu tidak melalui kroni dan funder parti mereka sekalipun projek itu dengan kos yang normal.
Bagi PAS, perkara ini insya Allah tidak akan berlaku jika memerintah Kerajaan Pusat justeru Islam tidak membenarkan berlaku penswastaan atau keterlibatan individu di tengah-tengah 'chain of payment' berdasarkan prinsip 'ANTI GHULUL' sebagaimana yang termaktub di dalam Dokumen Hijau.
Nota: tulisan ini perlu dibaca bukan dari aspek tak setuju bola percuma (justeru penulis sangat bersetuju), tetapi dari aspek betulkah dakwaan PH Malaysia hampir bankrap sebagaimana modal PRU mereka baru-baru ini. Jika tidak, maka mereka menang melalui penipuan pengundi. Jika tidak, maka kerajaan perlu dedahkan siapa pihak yang terbabit dengan pembelian siaran tersebut di Malaysia. – HARAKAHDAILY 31/5/2018

Rabu, 30 Mei 2018

MELAYU MEREMPAT DITANAH AIR SENDIRI AKAN MENJADI KENYATAAN !!!


THAMBY P. RAMASAMY MULA BERSUARA !!!!

Ahli DAP, P Ramasamy menyeru kerajaan PH untuk melakukan OVERHAUL MENYELURUH KE ATAS SISTEM PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA. “Tidak ada kepelbagaian (yang boleh dilihat) dalam tenaga pengajar DI MANA HAMPIR KESEMUANYA ORANG MELAYU. SEMUA UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM MENDERITA HEGEMONI UMNO yang paling teruk,” demikian dakwaannya seperti dalam sebuah portal tempatan. 

Kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II ini lagi, “kanser” dalam sistem pendidikan tinggi yang “bermula dengan pengambilan naib-naib canselor dan dekan-dekan fakulti yang tidak cekap, YANG KEBANYAKANNYA AHLI UMNO” perlulah ditangani.

“Pengambilan para pensyarah berdasarkan merit mestilah menjadi keutamaan dalam pembaharuan (sistem pendidikan tinggi) ini.” Beliau turut membuat sindiran ucapan terima kasih beliau kepada standard pengajaran sekarang, di mana beliau mendakwa standard ini MELAHIRKAN PARA GRADUAN YANG LANGSUNG TIDAK BOLEH MEMBACA ATAUPUN MENULIS DENGAN BETUL

Selain itu, ujarnya lagi, dia pernah mendengar mengenai seorang pensyarah di sebuah universiti awam tempatan dituduh terlibat dengan plagiarisme, namun pensyarah tersebut dengan mudahnya berpindah ke universiti lain di mana dia ditawarkan menjadi profesor. 

“Budaya plagiarisme di universiti awam kita telah dibiarkan bernanah selama ini. Ianya di tahap yang membimbangkan.” P Ramasamy dalam masa yang sama berkata, undang-undang yang membataskan kebebasan bersuara di kalangan pelajar universiti awam juga mestilah dimansuhkan. 

Sehubungan itu, dia berharap agar kerajaan PH dapat memulakan langkah menangani situasi majoriti Melayu dan politik UMNO yang memenuhi varsiti awam tempatan di samping melakukan audit di semua universiti, terutamanya bagi memastikan geran penyelidikan diberikan oleh kerajaan adalah dibelanjakan sepertimana tujuan asal (accounted for). 

“Saya tidak mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuat keajaiban, tetapi mereka boleh memulakan langkah MENGHAPUSKAN SITUASI MONO-ETNIK DAN POLITIK UMNO DI VARSITI-VARSITI AWAM TEMPATAN.”

Sumber: KLIK DISINI

Selasa, 29 Mei 2018

TUNTUTAN HINDRAF 2.0 UMPAMA MENUANG MINYAK KEDALAM API


HINDRAF HARI INI MENAFIKAN pihaknya menghantar tuntutan untuk kaum India kepada Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan seperti dilaporkan media semalam.
Susulan itu pelbagai komentar daripada rakan-rakan parti dalam Pakatan Harapan dan NGO yang TIDAK BERSETUJU DENGAN DESAKAN HINDRAF 2.0 ITU.
Pengerusi Hindraf P. Waytha Moorthy berkata, tidak wujud organisasi seperti Hindraf 2.0 yang mendakwa mewakili Hindraf dan kaum India di negara ini.
“Hindraf ingin menjelaskan bahawa kami tidak menghantar apa-apa tuntutan kepada Kerajaan Pakatan Harapan walaupun ia dilaporkan secara meluas oleh media arus perdana, bahawa Hindraf yang diketuai P. UTHAYAKUMAR telah mengemukakan tuntutannya atas nama Hindraf 2.0.
“Tidak ada organisasi seperti Hindraf 2.0 yang diketui oleh pemimpin P. Uthayakumar yang mana beliau tidak pernah menjadi sebahagian daripada kegiatan Hindraf sejak 2008 kerana mahu menubuhkan parti politiknya sendiri.
“Tindakannya telah menyebabkan kekeliruan, kemarahan dan kebencian di kalangan orang ramai,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Justeru Hindraf terbuka untuk menjemput Uthayakumar secara rasmi menyertai menjadi ahli Hindraf jika dia mahu berbuat demikian.
Sumber: KLIK DISINI

Isnin, 28 Mei 2018

PAKATAN HARAPAN MENYANYIKAN LAGU YANG BERBEZA2 SEKARANG


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai beban berat untuk dibawa terutama kerana beliau mempunyai masa kurang daripada 100 hari untuk berjalan semua ceramah manifesto itu kerana orang ramai memerhatikannya, kata Awang Selamat hari ini.
Editor kolektif di Mingguan Malaysia, edisi hari Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno, juga mendakwa bahawa pentadbiran Dr Mahathir dan PAKATAN HARAPAN SEMAKIN KURANG POPULAR, terutama di media sosial.
"Selama dua minggu yang lalu terdapat BANYAK KOMEN NEGATIF mengenai media sosial. Ia tidak kelihatan seperti Pakatan Harapan popular di kalangan rakyat, apabila ia sepatutnya betul selepas kemenangan GE14, "kata Awang.
Ia menimbulkan beberapa perkara yang boleh MENIMBULKAN KEMARAHAN ORANG RAMAI, termasuk yang didakwa melanggar undang-undang, BERTINDAK BALAS DENDAM, MEMPOLITIKKAN SIASATAN RASUAH terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dan beberapa fakta yang dikatakan itu mengelirukan orang ramai.
"Apabila kita bercakap tentang isu-isu seperti Proton, harga minyak, GST, tol dan PTPTN, misalnya, mereka nampaknya menyanyi lagu yang berbeza sekarang.
"Inilah yang menimbulkan kemarahan, yang sememangnya akan memburukkan lagi keadaan.
Awang berkata ia bersetuju dengan pengerusi siasatan 1MDB Tan Sri Abu Talib Othman dan veteran DAP Dr Tan Seng Giaw yang menyeru agar siasatan melibatkan Najib dijalankan mengikut prosedur supaya ia boleh kekal bebas prasangka.
"Kami percaya bahawa itu adalah yang terbaik, jadi rakyat tidak perlu menyaksikan mana-mana individu menjadi mangsa pembuli kepada kerajaan sekarang ketika mereka sedang memperjuangkan keadilan bagi semua orang.
"Ini adalah masa yang sangat penting untuk memenangi hati orang lain," katanya.

Ahad, 27 Mei 2018

#PAKATAN HARAPAN: KEADAAN POLITIK SEMASA OLEH PARA CIKGU CIKGU


Penulis postkan di sini tulisan seorang sahabat berkenaan keadaan sekarang ini.

SILAKAN MEMBACA:-

Sejak kembali ke #Zaman Tun ni, tempat kerja aku buat la majlis berbuka puasa di sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Ipoh ni. Yelah harga dah MURAH kan sekarang ni.

So wife kepada boss aku yang payung berbuka puasa ni bekerja sebagai seorang cikgu. So sambil makan2 tu, ada la dia bangkitkan sikit story Politik di Malaysia ni. Pada awalnya aku malas la nak join, baik aku layan makan lagi bagus.

Tapi bila dia sebut dalam whatsapp group cikgu2 ni dah mula merungut bila TIADA BONUS dan TIADA KENAIKAN GAJI. Aku jadi minat pulak nak dengar. 

Rupa rupanya dia orang dah mula mengata cikgu2 yang mengundi PAKATAN HARAPAN ni. Hahaha.. Mula2 cikgu2 yang ngundi PAKATAN HARAPAN ni duk pertahankan la jugak yang kononnya PAKATAN HARAPAN ni betul.

KESUDAHANNYA mereka akui kesilapan sebab mengundi PAKATAN HARAPAN. Diorg tak sangka jadi sampai tahap macam ni.. Baru berapa hari dia orang tadbir dah jd macam ni.. Tak tau apa jadi kalau 5 tahun ni..

So aku tanya la apa antara FAKTOR CIKGU2 NI UNDI PAKATAN HARAPAN. So dia pun sebutkan la serba sedikit..

1. Kerajaan TIDAK MENJAGA KEBAJIKAN cikgu2 ni, asyik bagi kepada tentera dan polis je.
2.
BANYAK SANGAT KURSUS yang cikgu kena pergi.
3. Sebab tak nak NAJIB jadi PM.

Aku ketawa la jugak sebab dengar alasan tu..
So aku jawab la balik..

Setiap tahun dalam belanjawan, Kerajaan BN pasti akan umumkan kenaikan gaji guru2 ni.
Tu bukan menjaga kebajikan ke namanya tu.?

Dia jawab balik. Dia kata. Cikgu2 ni demand ipad dan macam2 lagi keperluan, tapi tidak ditunaikan.

Aku gelak dengar alasan macam tu. Korang fikir la sendiri ye, demand cikgu2 tu.. Hahaha.

So aku jawab persoalan kedua.. Apa masalah pergi kursus.. Bukannya kerajaan tak bayar balik claim tu.. Dan kursus ni memang termaktub dalam pencapaian SKT kan..

Dia mampu angguk je..

Dan soalan ketiga aku jawab dengan soalan.. Dia orang tak suka NAJIB sebab apa..?

Dia jawab, sebab dengar NAJIB makan duit rakyat..

Hahahaha.. Aku cakap la.. Duit dalam bank korang habis NAJIB ambil ke..? Atau korang yang habiskan sendiri tiap2 bulan..

Jika NAJIB makan duit rakyat. Adakah sudah terbukti? Selagi mana belum terbukti.. Kita tak boleh nak tuduh NAJIB makan duit rakyat..

Malahan kena ingat apa yang DS NAJIB buat untuk negara.
NAJIB wujudkan BRIM sampai tahap 7 Juta penerima di seluruh Malaysia.

KINI BR1M DIBAWAH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN, TELAH DIKURANGKAN jumlah penerimanya.! Hanya 2 juta sahaja yang layak menerima BRIM dengan nilai yang rendah.!

Banyak lagi bantuan yang diberi secara terus kepada rakyat. Sebagai contoh BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 bagi setiap anak. BAUCAR BUKU UTK PELAJAR2 RM250, dan macam2 lagi.

Aku bagi satu persoalan pada dia. Rasa2nya lah adakah Kerajaan PAKATAN HARAPAN akan meneruskan lagi program2 ini..?

Dia terdiam..
Sama2 lah kita nilaikan nanti ye..

Adios.
R.K


Khamis, 24 Mei 2018

#ISU MB PERLIS: SHAHIDAN MELAYU MUDAH LUPA, KURANG AJAR DAN BIADAP


KUALA LUMPUR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail diminta untuk TIDAK MENCAMPURI URUSAN PENTADBIRAN NEGERI, kata Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kenyataan itu dikeluarkan Shahidan susulan Datuk Seri Azlan Man yang baharu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis biarpun tanpa mendapat sokongan tanpa kehadiran sembilan Adun BN.

“SAYA MERAYU TUANKU RAJA SUPAYA MENGHORMATI PERLEMBAGAAN SEBAGAI RAJA BERPERLEMBAGAAN.

“TUANKU TAK PERLU CAMPUR TANGAN TENTANG PENTADBIRAN SEBAB PENTADBIRAN AKAN URUSKAN. TIDAK PERLU RISAU PERLIS TIADA BAJET DAN SEBAGAINYA, ITU ADALAH URUSAN MENTERI BESAR,” katanya di ibu pejabat Umno, di sini semalam.

Shahidan berkata, kami memohon supaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya campur tangan, kaji semula kuasa pelantikan Menteri Besar.

Beliau turut merayu terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai pakar undang-undang untuk memberi pandangan tentang perkara ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai titah Raja Perlis yang murka dengan tindakan sembilan Adun BN yang tidak hadir pada majlis pelantikan dan angkat sumpah menteri besar semalam, SHAHIDAN KELIHATAN TIDAK BERPUAS HATI.

“APA ITU MURKA? ANDA BAGI TAHU SAYA APA ITU MURKA? APA MAKNA MURKA? INI BAHASA-BAHASA YANG DIPERINDAH DEMIKIAN RUPA.

“Tak adil. Kami bertanding pilihan raya. Kami berhak untuk menentukan siapa pemimpin kami. Kita bertungkus lumus. saya menggadai jiwa dan raga untuk pilihan raya. Tak kiralah negari lain kalah tapi saya menang dua per tiga majoriti,” katanya.

Jelasnya, pelantikan yang dipilih tanpa sokongan majoriti adalah tidak beretika dalam perlembagaan.

Terdahulu, media melaporkan Tuanku kecewa dengan tindakan sembilan Adun BN kerana tidak menghadiri upacara angkat sumpah jawatan menteri besar.

Dalam majlis itu, Azlan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis, lebih dua minggu selepas PRU14 lalu.

Sumber: KLIK DISINI

Selasa, 22 Mei 2018

#TAKBIR: WARGA ISRAEL CEROBOH MASJID AL-AQSA SENGAJA MENCETUSKAN PROVOKASI


BAITULMAQDIS, 5 RAMADAN 1439H, – Kira-kira 300 WARGA ISRAEL melancarkan provokasi apabila menceroboh masuk Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis, semalam.

Ketua Biro Media Jabatan Imigresen Islam di Baitulmaqdis, Firas al-Debs berkata, 284 INDIVIDU MENYERBU MASUK KE TAPAK SUCI melalui Bab al-Magharibah, dengan perlindungan ketat beberapa kumpulan askar rejim Israel dan pasukan polis khas, lapor agensi berita berbahasa Arab Safa.

Firas berkata, penceroboh cuba melakukan perbuatan yang dianggap provokasi oleh rakyat Palestin di halaman masjid, tetapi para pelawat muslim dan pengawal masjid bertindak menentang mereka.

Pegawai Palestin berkata, DIJANGKAKAN LEBIH RAMAI PELAMPAU ISRAEL AKAN MENCEROBOH MASJID AL-AQSA hari ini, kerana mereka sedang MEMPERINGATI HARI YAHUDI SHAVUOT.

Wilayah Palestin telah menyaksikan ketegangan baru sejak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke bandar yang diduduki. – Agensi


Ahad, 20 Mei 2018

AZAN ISMAIL (PKR) BAKAL PM MALAYSIA YANG BARU ???


PENGERUSI PKR TERENGGANU LEBIH SUDU DARIPADA KUAH

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri pimpinan Pas diminta untuk segera mencari formula membangunkan semula Terengganu secara keseluruhannya, dan bukannya tergesa-gesa dalam isu royalti.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, kerajaan negeri harus sedar, terdapat halangan yang sangat jelas dari sudut perundangan dalam isu royalti memandangkan kerajaan negeri pimpinan BN sebelum ini secara sukarela, telah pun menarik balik tuntutan saman bagi bayaran royalti minyak dan gas.

Oleh itu katanya, Pas perlu membuat keutamaan dan mencari kaedah terbaik mentadbir Terengganu serta menyelesaikan isu-isu tertangguh seperti projek-projek gagal dalam tempoh 15 tahun pemerintahan BN dan perbelanjaan berlebihan yang dilakukan.

“Adalah menjadi tanggungjawab kepada kerajaan baharu untuk membuat penyelesaian secara keseluruhan. Baru kita nampak apakah yang perlu dibuat, kekurangan yang harus diberi tumpuan dan merangka satu dasar baharu. Ini sangat mustahak dan patut ditumpukan sekarang.

“Ini perkara yang memerlukan penyelesaian jangka panjang yang konkrit. Sudah tentu isu-isu pentadbiran, ekonomi dan agama perlu diteliti dengan rapi. Kita tahu pengalaman dari tahun 1999 hingga 2004 pentadbiran Pas dahulu hanya bertahan selama sepenggal dan pada kali ini, peluang diberikan rakyat Terengganu sekali lagi, sudah tentu persiapan yang rapi dan baik perlu dilakukan.

“Cuma saya agak kurang yakin kerana permulaan 10 hari ini, pihak kerajaan Pas masih mengulangi perkara yang sama iaitu memulakan episod pentadbiran Terengganu dengan menonjolkan isu pemulangan royalti kepada kerajaan negeri. Di sini, ketelitian itu seolah-olah dilupakan dan tidak diberi tumpuan,” katanya ketika ditemui di pejabat PKR Terengganu di sini, hari ini.

Kalau nak baca lagi boleh klik disini.  Kalau tak mahu lagi bagus....muakkkkk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...