MARANG: Kestabilan politik kerajaan
negeri di bawah kepimpinan PAS Kelantan dan Terengganu, menjadikan negeri itu
lebih awal berlaku pembentukan kerajaannya.
Namun,
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi turut merakamkan
ucapan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan yang baharu ditubuhkan selepas
Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ini.
Katanya,
ucapan tahniah juga kepada kerajaan negeri lain yang selesai majlis angkat
sumpah serta pelantikan Menteri Besar masing-masing.
"Alhamdulillah,
negeri pertama yang selesai menubuhkan kerajaan baharu selepas PRU14 ini, Kelantan
dan NEGERI PERTAMA YANG MEMBENTUK KABINETNYA TERENGGANU DAN
KELANTAN.
"Ini
menunjukkan kestabilan politik kerajaan di negeri yang kita (PAS) kuasai,"
ujarnya dalam satu Sidang Media Pemuda PAS Malaysia di Pejabat Kesatuan Ulamak
Islam Sedunia (KUIS) di Masjid Rusila, di sini tadi.
Menurutnya,
pada PRU14 lalu PAS mendapat undi popular seluruh negara yang jauh lebih banyak
dari sebelum ini.
Sehubungan
itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, mahukan
kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) menghormati Perlembagaan
Negara.
"Kita
(PAS) mahu Pakatan Harapan (PH) yang mengambil-alih tampuk pemerintahan negara
ini menghormati Perlembagaan Negara, yang meletakkan Islam sebagai agama
(rasmi) negara. Raja-raja, hak-hak (keistimewaan) orang Melayu, bahasa Melayu,
dalam masa yang sama menghormati bangsa dan kaum lain.
"Kita
mahu asas dalam Perlembagaan itu ialah semangat federalisma mestilah ditunai
dan tidak diulang kesilapan lalu dibuat oleh Umno-Barisan Nasional
dahulu," tegasnya.
Dalam
konteks ini, kata Muhammad Khalil, Pemuda PAS juga akan MEMANTAU JANJI-JANJI MANIFESTO PILIHAN RAYA
PAKATAN HARAPAN.
Antaranya
jelas beliau, hubungan Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dalam isu
mendapatkan hak royalti petroleum di Kelantan dan Terengganu.
"Dalam
konteks ini, isu royalti (petroleum) bagi Kelantan dan Terengganu merupakan
negeri yang mempunyai petroleum dan mestilah dihormati dengan apa yang
ditetapkan dalam Perlembagaan Negara.
"Kerajaan
Terengganu khususnya menuntut hak royalti yang ditarik balik ketika PAS
memerintah Terengganu (1999-2004) oleh kerajaan Umno-BN," jelasnya yang
ditemani Timbalan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin. -HARAKAHDAILY
13/5/2018