KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu mendakwa GELOMBANG HIJAU SEMAKIN BESAR sedang berlaku di lapan kawasan Parlimen dan 32
Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri ini.
Pesuruhjayanya, Dato' Husain Awang
berkata, paling jelas berlaku penerimaan di kalangan anak-anak muda memberi sokongan dan paling
kuat
bekerja di semua
tempat yang ditugaskan.
"Hingga setakat ini, jentera
pilihan raya kami (PAS) bekerja dengan baik dan digerakkan sepenuhnya dan tidak
menghadapi sebarang masalah.
"Dengan tinggal berbaki lima hari
berkempen lagi sebelum hari mengundi 9 Mei, kami (PAS) yakin dapat pertahankan
kerusi yang telah kami menangi di empat Parlimen dan 15 Dun pada PRU13 lalu.
"Kami (PAS) yakin dapat menawan
beberapa kerusi lagi bagi membolehkan kami menubuhkan kerajaan baharu selepas
PRU14, di negeri Terengganu Darul Iman, InsyaAllah," tegasnya dalam satu
sidang media sempena PRU14 di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu,
Jalan Sultan Omar, di sini hari ini.
Menurutnya, pada kedudukan ini PAS
Terengganu optimis akan dapat menguasai tidak kurang dari 20 kerusi Dun pada
pilihan raya nanti.
Namun, kata mantan Speaker Dun
Terengganu itu, PAS tidak meletakkan kedudukannya yang selesa dan selamat bagi
menghadapi parti lawan Umno-Barisan Nasional (BN) dan PKR-Pakatan Harapan (PH).
"Pihak lawan kami dari Umno-BN dan
PKR-PH sudah tentu tidak akan memberi laluan mudah kepada kami untuk
menang.
"Sebagaimana pengalaman dalam
PRU13 lalu, Umno-BN khususnya menggunakan jentera kerajaan dan sogokan wang
yang berleluasa untuk memancing undi," jelasnya.
Sehubungan itu, kata Dato' Husain
terdapat tiga eleman utama kecenderungan rakyat mahu membuat perubahan bagi
memilih PAS kali ini.
"Pertama, parti dan calon (PAS)
yang lebih bertanggungjawab untuk memartabatkan Islam dalam kehidupan
bernegara.
"KEDUA, PARTI DAN CALON YANG BERSIH,
JUJUR DAN BERINTEGRITI, TIDAK TERLIBAT DALAM RASUAH, TIDAK MENGAUT KEKAYAAN UNTUK DIRI, KELUARGA
DAN KRONI SERTA
ADA TRACK
RECORD CEKAP
DALAM URUSAN PEMERINTAHAN.
"Ketiga, memilih tawaran manifesto
yang lebih baik, bersifat jangka panjang dan lebih menjaga kebajikan mereka
(rakyat)," ujarnya.
Hadir sama pada sidang media itu,
Timbalan Pesuruhjaya PAS III Terengganu, Yahaya Ali dan Bendahari PAS
Terengganu, Shukrimun M.Shamsuddin. -HARAKAHDAILY 3/5/2018.