Memaparkan catatan dengan label Pendatang Myarmar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pendatang Myarmar. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Februari 2024

Pati merusuh, pecah pagar sebelum lolos

 


Tapah: Pendatang asing tanpa izin (Pati) yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, di sini, malam tadi, dipercayai merusuh dengan memecah pagar dan kawad duri sebelum meloloskan diri ke hutan berhampiran.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

"Ketika rusuhan berlaku, kesemua 132 Pati memecahkan pagar serta kawad duri di sekeliling kawasan depoh untuk melarikan diri.

"Ada antara mereka lari ke kawasan hutan berdekatan yang dipisahkan oleh Lebuhraya Utara Selatan," katanya dalam sidang media di hadapan perkarangan depoh itu, hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Yusri berkata, pihaknya optimis semua Pati berkenaan dapat ditangkap semula memandangkan mereka melarikan diri dengan sehelai sepinggang tanpa membawa sebarang keperluan diri, makanan, wang, dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...