KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang didapati terlibat dengan kegiatan politik tanpa kebenaran daripada ketua jabatan ataupun berpolitik dalam waktu kerja boleh dikenakan tindakan tatatertib, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling yang membenarkan kumpulan pelaksana iaitu dari Gred 1 hingga Gred 40 terlibat dalam politik dan mereka perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam pekeliling tersebut.