Pas dinasihatkan supaya
tidak berangan-angan seperti Mat Jenin dengan mendakwa mereka dapat menembusi
kubu kuat Umno-BN di Kepala Batas dengan mudah.
Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata, dakwaan bahawa Pas akan memberi saingan yang
hebat dan sengit kepada pihak lawan bukanlah suatu perkara mudah sepertimana
yang dilaung-laungkan.
"Bukan sesuatu yang begitu mudah untuk
menembusi kerusi Parlimen Kepala Batas yang begitu amat sinonim dengan Tun
Abdullah Ahmad Badawi.
"Kemungkinan besar apa yang mereka impikan
hanya umpama
angan-angan Mat Jenin sahaja.
"Pakatan Harapan pula menerima sambutan luar
biasa semasa kehadiran Tun Mahathir di Kepala Batas baru-baru ini, "
katanya mengulas mengenai keyakinan Pas untuk merampas Parlimen Kepala Batas
daripada BN dalam pilihan raya umum ke-14.
