Memaparkan catatan dengan label Rusila. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rusila. Papar semua catatan

Jumaat, 19 April 2013

SENARAI CALUN PAS PRU KE 13 NEGERI TERENGGANU

Pengumuman senarai calun-calun PAS yang akan bertanding di PRU ke 13 telah diumumkan oleh Presiden PAS Dato Seri Haji Abd. Hadi Awang di Masjid Rusila.

Senarai calun-calun seperti berikut:

P.033 Besut : Riduan Mohd Nor
N.001 Kuala Besut : Nafisah Ismail
N.002 Kota Putera : Adam Said
N.003 Jerteh : Wan Azhar Wan Ahmad
N.004 Hulu Besut : Solahuddin Jaafar

P.034 Setiu : Omar Sidek
N.005 Jabi : Azman Ibrahim
N.007 Langkap : Hassan Karim
N.008 Batu Rakit : Che Ghani Che Ambak

Rabu, 28 November 2012

KEHILANGAN PESAKIT MENTAL JUGA SEORANG OKU DI KG. RHU RENGGEH


Rusila 27/11/2012 - Satu kejadian kehilangan seorang lelaki OKU yang juga pesakit mental WAN MOHD NAZRI BIN WAN GHANI, 39 tahun beralamat No. 13 Medan Rhu Renggeh, Rusila, 21600 Marang, Terengganu. Kejadian telahpun dilaporkan berlaku di Balai Polis Marang pada petang 26/11/2012.

Usaha bersama PDRM, JPAM, RELA serta penduduk kampung telah dilancarkan pada petang tersebut sehingga jam 10.00 malam menemui jalan buntu, dimana dipersekitaran kawasan tersebut adalah belukar serta hutan yang tebal.


Sabtu, 7 April 2012

Jalan alternatif baru buat penduduk Rhu Rendang terutama Medan Jaya dan Rusila


Gambar hiasan saja

Kerajaan negeri meluluskan projek pembinaan jalan yang menghubungkan simpang Bukit Kor ke jalan Kilang Emas Lubuk Mandi, Rusila, Marang sepanjang 1.7 kilometer sebagai laluan alternatif kepada penduduk Marang menghala ke Bukit Payong.

Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir Nik Wan Ku, berkata peruntukan bagi membina jalan baru itu dianggarkan melibatkan peruntukan sehingga RM8 juta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...