Adakah PAS cuba ‘jual
mahal’ untuk menyertai usaha pembangkang mahu merapatkan
saf dan menewaskan Umno-BN dalam pilihanraya umum ke-14 menggunakan strategi
‘satu lawan satu?
Pada
asasnya PAS setuju untuk berunding dengan mana-mana parti pembangkang asalkan
matlamatnya untuk menundukkan
Umno-BN boleh
tercapai.
Bagaimanapun
PAS mahu persefahaman dan kerjasama sesama pembangkang kali ini berlaku
mengikut adab dan pendekatan yang lebih telus dan bersopan dan tidak berakhir
dengan pengumuman ia ditendang keluar sekali lagi.
Pengalamannya
bertahaluf siyasi dengan DAP amat memedihkan. Setelah mengkerdilkan monopoli
kuasa Umno-BN dan yakin sokongan rakyat bukan Melayu padanya semakin kukuh, DAP
menunjukkan belangnya pada PAS.
