
“PAS hanya sebuah parti Islam pada nama dan sudah jauh terkeluar daripada landasan perjuangan asal apabila ia tidak lagi memikirkan kepentingan orang Melayu dan Islam, kata Dato Mohd Nakhaie Haji Ahmad.
Dalam satu temubual bersama Agendadaily baru-baru ini, Nakhaie berkata, perjuangan PAS sekarang hanya untuk mendapatkan kuasa dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada politik.
“Apabila kita melihat kepada satu nama seperti Parti Islam SeMalaysia – nama itu tak semestinya menggambarkan parti Islam yang sebenarnya apabila dilihat dari segi perjuangan, akhlak, pergaulan dan sikap mereka dalam menghadapi pelbagai isu kehidupan.