Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) hari ini menyerbu
pejabat Malaysiakini di
Petaling Jaya dan merampas dua komputer.
Serbuan itu diketuai oleh timbalan pengarah unit penguatkuasaan
dan penyiasatan, Akmal Hamdy Baharudin, bersama pasukan enam anggota datang
dengan membawa waran geledah.
Ia adalah sebahagian daripada siasatan
SKMM berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh Kinitv, iaitu anak syarikat Malaysiakini.
