Rhu Rendang 29/07/2012 - Janji Ditepati - Bantuan kepada mangsa kebakaran yang berlaku pada 16/06/2012 di Kg. Darat Pak Chan, En. Dzu bin Muda, 42 tahun, tinggal sehelai sepinggang bersama keluarga akibat kebakaran yang berlaku dirumahnya pada hari tersebut.
Memaparkan catatan dengan label Mangsa Kebakaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mangsa Kebakaran. Papar semua catatan
Isnin, 30 Julai 2012
Janji Ditepati - Bantuan Mangsa Kebakaran di Kg. Darat Pak Chan
Sabtu, 16 Jun 2012
LAWATAN DAN BANTUAN MANGSA KEBAKARAN DI KG. DARAT PAK CHAN
Rhu Rendang 16/06/2012 - Pegawai
Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku melawat mangsa
kebakaran En. Dzu bin Muda, 42 tahun, alamat Bersebelah Dewan Sivik, Kampung
Darat Pak Chan, Marang, pagi ini dan menghulurkan bantuan peribadi kepada
mangsa kebakaran tersebut.
En. Dzu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Nik Dir yang begitu prihatin diatas lawatan serta sumbangan berbentuk wang tunai yang dihulurkan kepada beliau bagi meringankan beban yang dialami keluarganya.
En. Dzu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Nik Dir yang begitu prihatin diatas lawatan serta sumbangan berbentuk wang tunai yang dihulurkan kepada beliau bagi meringankan beban yang dialami keluarganya.
Rabu, 7 Mac 2012
Kerajaan Negeri Bina Dua Rumah, Bantu Mangsa Kebakaran di Rhu Rendang
Keluarga dua beradik mangsa kebakaran di Jalan Padang Bola, Kampung Rhu Rendang di Marang, lega apabila kesusahan keluarga mereka akibat dua rumah mereka musnah dalam kebakaran Khamis lalu mendapat perhatian pelbagai pihak.
Difahamkan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir Nik Wan Ku sudah membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan dua unit rumah baru kepada mangsa kebakaran dan permohonan itu diluluskan Kerajaan Negeri.
Jumaat, 2 Mac 2012
KEBAKARAN DUA BUAH RUMAH DI RHU RENDANG, MARANG
Rhu Rendang 01/03/2012 - Kebakaran melibatkan dua buah rumah berdekatan di Rhu Rendang, Marang mengakibatkan En. Ngah bin Ibrahim, 69 tahun sekeluarga hilang tempat tinggal dimana keseluruhan rumahnya dijilat api, tanpa dapat menyelamatkan hartabenda dengan sehelai sepinggang. Namun begitu En. Salleh bin Ibrahim, 54 tahun rumah bersebelahan api berjaya dipadamkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat serta dibantu oleh Polis, JPAM dan penduduk kampong.
Rabu, 5 Oktober 2011
Mangsa kebakaran mendapat rumah baru
Gambar hiasan
GONG BERIS – Nasib warga emas, Wan Chik Wan Musa, 80, yang mengalami kerugian kira-kira RM70,000 selepas rumahnya musnah dalam kebakaran akhirnya terbela apabila diberi sebuah rumah baru bernilai RM33,000 di Kampung Gong Beris di sini, semalam.
Rumah yang dibina semula berdekatan tapak asal rumah yang musnah dalam kebakaran 16 Januari lalu itu ditanggung Kerajaan Negeri selepas permohonan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku, diluluskan.
Langgan:
Catatan (Atom)



