1.
Setelah hampir sebulan Kerajaan Malaysia yang baharu
terbentuk, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat halatuju *rupa
bentuk negara yang mahu dibina semula oleh Pakatan Harapan (PH) adalah 'MALAYSIAN MALAYSIA'.* Hakikat ini dapat diperhatikan daripada beberapa
tindakan yang telah diambil oleh kerajaan yang didominasi oleh PH pasca PRU 14.
2.
Dalam konteks ini, PPP sependapat dengan Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, beberapa
keputusan yang telah diambil oleh PH adalah sebahagian dari usaha untuk menonjolkan agenda Malaysian Malaysia, seperti yang disiar oleh
Utusan Malaysia dua hari yang lalu. SECARA
TIDAK DISEDARI, agenda
ini semakin mula dilaksanakan setelah ditolak sejak 60 tahun lalu. Rujuk disini: http://mantra-indeeptots.blogspot.com/2017/10/perjuangan4all-balik-pulau-pulau-pinang.html
3.
Malah yang lebih membimbangkan pelaksanaan agenda Malaysian Malaysia oleh PH
selepas memenangi PRU 14 dilakulan secara drastik, yang boleh mengundang
tindakbalas tegas oleh masyarakat bumiputera yang merupakan golongan majoriti
di negara ini. PPP meyakini, DAP
ADALAH PIHAK YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH MAHU SEGERA MEREALISASIKANNYA.
