Memaparkan catatan dengan label KPDNKK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KPDNKK. Papar semua catatan

Selasa, 23 Jun 2015

KPDNKK SIBUK DENGAN BARANG TIRUAN, KENAPA TAK PERIKSA DI PASAR RAMADAN ???

KPDNKK Serbu 247 Premis Jual Barangan Tiruan
KUALA PILAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyerbu 247 premis perniagaan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor yang menjual barang-barang tiruan.

Menterinya Datuk Seri Hasan Malek berkata setakat 19 Jun lepas, bahagian penguatkuasa KPDNKK telah membuka 269 kertas siasatan dengan nilai sitaan RM13.5 juta.

Kenaikan Harga di Bazaar Ramadhan 2015 : Naik 20%! Bagaimana Pasar Ramadhan di Tempat Anda?

Melihatkan kos sara hidup yang terus melambung tinggi pada ketika ini, lebih ramai dilihat pada bulan Puasa Ramadhan kali ini memilih untuk masak sendiri berbanding pergi beli menu dan juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadhan 2015 atau juga dikenali dengan Pasar Ramadhan 2015.
Ada juga yang tidak berkesempatan termasuk yang berhadapan dengan kekangan ataupun mahu memperlbagai menu memilih beli juadah buka puasa di Bazaar Ramadhan 2015 mengeluh melihatkan harga yang dijual lebih mahal berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.

Sumber: KLIK DISINI

Rabu, 25 September 2013

Empat peniaga Pasar Marang dikompaun

MARANG – Seramai empat peniaga di Pasar Marang dikenakan kompaun RM100 setiap seorang oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Terengganu kerana gagal meletakkan tanda harga pada barangan dijual.

Pengarah PPDNKK Kuala Terengganu, Syamsul Badrin Mohsin berkata, pemeriksaan secara berterusan juga akan dijalankan bagi memastikan peniaga di negeri ini mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat penimbang yang telah disahkan.

“Kita telah mengadakan operasi di Pasar Marang dan pemeriksaan seperti ini akan diadakan secara berterusan untuk memastikan setiap peniaga dapat mematuhi arahan.


“Peniaga di negeri ini juga diingatkan supaya menggunakan alat penimbang yang disahkan bagi mengelak mereka dikenakan tindakan tegas serta merta termasuk dikenakan kompaun,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap peniaga dapat mematuhi peraturan itu kerana ia bukan hanya bagi mengelak mereka dikenakan tindakan, malah dapat memberi manfaat kepada pengguna.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai peniaga yang tidak mempamerkan harga barang dan dipercayai cuba menipu boleh membuat aduan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Sumber:sinarharian

Jumaat, 8 Februari 2013

Program Bicara Pengguna Bersama YB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob


Marang 07/02/2013 - Program Bicara Pengguna bersama Menteri Perdagangan  Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan YB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 3.00 petang.

Sambutan yang cukup meriah bagi rakyat Marang dimana pertama kalinya dapat bertemu dan berhubung secara langsung dengan Menteri KPDNKK. Turut hadir YB Datuk Yahya Khatib, YB Senator Datuk Ab. Rahman Bakar, YM Datuk KUZA, Pegawai Daerah Marang, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Pengarah KPDNKK Negeri, Ketua-Ketua Jabatan serta warga Daerah Marang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...