Memaparkan catatan dengan label APMM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label APMM. Papar semua catatan

Selasa, 10 April 2018

APMM TERENGGANU PERLU PERGIAT KESAN BOT PUKAT TUNDA


PEKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) MERAMPAS KIRA-KIRA 500 KILOGRAM SOTONG BEKU serta sebuah bot kargo asing bernilai lebih RM1 juta selepas menahan mereka di KAWASAN 29 BATU NAUTIKA dari Kuala Pahang di sini, semalam.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, seramai 11 awak-awak dan seorang tekong warga Vietnam berusia 19 hingga 52 tahun turut ditahan selepas anggota APMM berjaya memintas bot ketika mereka mahu meloloskan diri pada
JAM 9.30 MALAM.

"Hasil pemeriksaan ke atas bot kargo berkenaan, kita menemui kira-kira 500 kilogram sotong yang sudah disejuk beku," katanya dalam sidang media di Kuala Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata, sotong berkenaan DIPERCAYAI DIBELI DARIPADA BOT-BOT TEMPATAN yang menggunakan kru nelayan warga asing dan URUS NIAGA DILAKSANAKAN DI TENGAH LAUT.

"Bot kargo yang didaftarkan di Mongolia itu juga gagal memaklumkan ketibaan, tidak mempunyai permit kargo dan disyaki melakukan aktiviti menyimpan serta memproses sotong.

Selasa, 30 Jun 2015

Pesawat, Kapal Dihantar Cari Nelayan Hilang


KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)  menghantar sebuah pesawat dan dua buah kapal bagi mencari dan menyelamat (SAR) empat nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Terengganu sejak 21 Jun lalu.

Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Norhafizi Mohd Rafik berkata pesawat Bombardier CL415 MP itu bersama lima kru memulakan operasi kira-kira pukul 11 pagi Isnin meliputi beberapa kawasan pulau di sekitar Terengganu dan Pahang.
Ia turut diperluas sehingga 70 batu nautika dari perairan Kemaman kerana dikhuatiri bot yang dinaiki mangsa hanyut ke arah timur laut, seperti di sekitar Pulau Tenggol dan Pulau Kapas, katanya.

Isnin, 1 Disember 2014

NELAYAN KURANG YAKIN KEMAMPUAN APMM ???



Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) berjaya mematahkan cubaan sekumpulan nelayan asing dari Vietnam yang cuba mencuri khazanah kapal perang British era Perang Dunia Kedua kira-kira 60 Batu nautika dari Tanjung Gelang, Kuantan.
Mawilla 1 dalam kenyataan pada Jumaat berkata nelayan berkenaan dipercayai mencuri khazanah dari dua buah kapal yang tenggelam itu iaitu HMS Repulse dan HMS Prince Of Wales.
Kejayaan mematahkan kegiatan haram mencuri khazanah laut negara itu adalah hasil maklumat daripada Persatuan Nelayan Pahang yang dimaklumkan dalam satu program khas bersama pihaknya, minggu lalu, katanya.

Jumaat, 20 September 2013

PENCEROBOHAN PUKAT TUNDA DIPERAIRAN PULAU KAPAS SUDAH KETERLALUAN


Kerakusan serta pencerobohan yang sudah keterlaluan oleh bot-bot Pukat Tunda Kuantan di perairan Pulau Kapas, Marang sudah sampai ke tahap yang membimbangkan.


Diumpamakan tiada badan penguatkuasa yang memantau kegiatan mereka yang sanggup menjalankan kegiatan pemukatan haramnya dikawasan perairan Pulau Kapas dengan memusnahkan unjang-unjang serta bubu nelayan pantai dengan kerugian ribuan ringgit. KLIK


Badan Penguatkuasaan MARITIM perlu mengambil tindakan yang lebih tegas serta memantau pergerakan mereka, agar tindakan yang lebih tegas dapat diambil, sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku sepertimana yang berlaku di Kuantan baru-baru ini. KLIK UTK RUJUKAN

Jumaat, 21 September 2012

Program Pemimpin Bersama Rakyat - Majlis Interaksi, Kempen Makan Ikan Air Tawan & Projek 'Touch Point'



Marang 19/09/2012 - Program Pemimpin Bersama Rakyat, Majlis Interaksi, Kempen Makan Ikan Air Tawar serta Projek 'Touch Point' telah diadakan di perkarangan Pejabat Perikanan Daerah Marang pada hari ini bermula jam 10.00 pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. 

Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri Terengganu En. Abdul Khalil bin Abdul Karim, Pengarah LKIM Negeri Terengganu, Tuan Haji Mhd. Shafee bin Mohd, Ketua-Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Mukim termasuk Pegawai Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu serta wakil-wakil Persatuan Nelayan seluruh Daerah Marang.

Rabu, 14 Disember 2011

Bekalan ikan segar terbatas

Image Detail

Pengusaha industri perikanan di negeri ini diminta lebih bertanggungjawab bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dalam pendaratan ikan.

“Jumlah pendaratan ikan di negeri ini agak berkurangan sejak kebelakangan ini dan isu menjadi perbualan umum,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Asha’ari Idris.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...