Rabu, 19 Disember 2018

#KES KEMATIAN ADIB: P. WAYTHA MOORTHY PERLU BERTANGGUNGJAWAB


KUALA LUMPUR: Nasib P WAYTHA MOORTHY sama ada PERLU MELEPASKAN JAWATAN MENTERI di Jabatan Perdana Menteri atau tidak, bergantung sepenuhnya pada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad, berkata hanya Dr Mahathir berhak memutuskan sama ada akur dengan desakan pelbagai pihak yang mahu Waytha Moorthy berundur daripada menganggotai Kabinet, atau tidak.

“Itu terserah kepada Tun Dr Mahathir. Beliau yang membentuk (memilih anggota) Kabinet, jadi terpulang kepada Perdana Menteri untuk pertimbangkan (desakan Waytha Moorthy meletak jawatan).

“(Kewajaran desakan) Tengok pada pandangan masing-masing mengenai sejauh mana PEMBABITAN WAYTHA MOORTHY DALAM KES itu sehingga boleh berlakunya tragedi berkenaan.

“Namun, soal PEMBABITAN WAYTHA MOORTHY DALAM ‘MENGANJURKAN’ RUSUHAN itu perlu disiasat, dan saya harap polis akan teruskan siasatan serta menahan dan mendakwa mereka yang didapati bersalah,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Solidariti Untuk Kemanusiaan-Kembara Rohani di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata demikian mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Waytha Moorthy meletak jawatan, susulan KEMATIAN ANGGOTA BOMBA, MUHAMMAD ADIB MOHD KASSIM, 24, semalam selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 November lalu.

Mengulas lanjut, Khalid berkata semua pihak perlu berlaku adil dengan tidak menuding jari pada Waytha Moorthy semata-mata, kerana pihak yang menyerang kuil itu juga perlu dipersalahkan.

“Golongan yang mempertahankan kuil pun perlu dipersalahkan, kerana jika mereka duduk dalam kuil untuk pertahankannya tak jadi masalah, tapi mereka merusuh,” katanya.

Ditanya sama ada pihak berkuasa perlu bertindak terhadap Exco Selangor, V Ganabatirau, berhubung rusuhan itu, Khalid berkata ia bergantung sama ada beliau boleh disifatkan sebagai terbabit mencetuskan rusuhan itu.

“Yang penting, jangan kita salahkan keseluruhan kaum India atas peristiwa yang berlaku, malah bukan semua yang mempertahankan kuil itu terbabit.

“Mereka yang benar-benar terbabit dalam rusuhan dan tindakan membunuh itu yang perlu dikenakan tindakan,” katanya.

Terdahulu, Khalid dalam ucapannya, berkata penganjuran program Solidariti Untuk Kemanusiaan-Kembara Rohani, tepat pada masanya melihat kepada wujudnya usaha pihak tertentu yang mahu mencetuskan perbalahan dan perpecahan antara orang Islam dan bukan Islam di sini.

Rujukan: KLIK DISINI

Khamis, 6 Disember 2018

#ICERD: PEMUDA UMNO, UNIT AMAL PAS BERGABUNG


SHAH ALAM - Seramai 5,000 PEMUDA UMNO DAN JABATAN AMAL PAS (UNIT AMAL) AKAN DIGERAKKAN pada himpunan ummah bersempana kejayaan membantah ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
 
Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi memastikan kelancaran dan keamanan sepanjang himpunan berlangsung pada Sabtu ini.

"Kira-kira 5000 Pemuda Umno dan Jabatan Amal Pas akan bergandingan dan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kami meminta agar rakyat Malaysia DAPAT BERHIMPUN DENGAN AMAN DAN TIDAK MENCETUSKAN SEBARANG UNSUR PERKAUMAN mahupun menyentuh sensitiviti mana-mana agama," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Asyraf, pihaknya akan memastikan sebarang bentuk provokasi sama ada melalui perbuatan, poster, laungan dan sorakan yang menyentuh isu-isu perkauman serta agama dilakukan oleh mana-mana individu akan segera diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Kami juga berharap kerjasama semua pihak agar mengambil gambar individu yang tidak bertanggungjawab dan diserahkan kepada pihak keselamatan di samping menjaga disiplin termasuk kebersihan dengan membawa beg plastik sampah," katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa himpunan itu adalah solidariti rakyat bukan sahaja menolak ICERD tetapi membantah apa jua bentuk usaha untuk meruntuhkan keharmonian pelbagai agama dan kaum.

"Ini kerana kita adalah rakyat Malaysia cintakan keamanan yang telah dibina berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan mengikut acuan kita sendiri.

"Justeru Pemuda Umno MEMINTA SELURUH RAKYAT MALAYSIA BERSOLIDARITI DENGAN BERPAKAIAN PUTIH SELAMA SEHARI dan mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda kecintaan kepada keamanan dan keharmonian pelbagai agama serta kaum," katanya.

Rujukan: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...