[ 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗢𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗚𝗜𝗦𝗕𝗛]
Tan Sri & Puan Sri, Dato' Seri &
Datin Seri, Dato & Datin, Haji & Hajjah serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan
yang dihormati sekelian,
Melihatkan pada perkembangan terkini dari
sidang Parlimen hinggalah ke sidang live tiktok dari pihak BERSATU dan PAS (PN)
berkaitan isu GISBH, kami merasa terpanggil untuk menyuarakan keresahan kami
sebagai team pembela kepada mangsa-mangsa kezaliman GISBH.
Kami melihat seperti ada sesuatu yang
tidak kena dari tindakan dan ucapan anda semua mewakili pihak pembangkang
Malaysia dalam hal ini, kerana nampaknya isu GISBH seolah-olah telah menjadi
isu yang boleh ditunggang atas kepentingan politik bagi pihak pembangkang.
Kenyataan dan ucapan dari beberapa orang ahli Parlimen dari pihak pembangkang seperti Dato Takiyuddin Hassan dan beberapa ahli Parlimen yang lain di dewan Parlimen baru-baru ini benar- benar membuatkan kami merasa sedih dan kesal.
