UMNO Bahagian DUN Rhu Rendang mengambil langkah serius dalam usaha
memperkasakan kedudukan peti undi di kawasan berkenaan dengan mengadakan ‘Bancian
Pengundi’ bagi mempastikan pengundi tetap setia dan sentiasa menyokong kerajaan
Barisan Nasional.
Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, berkata pihaknya melancarkan pelbagai program dengan menggerakkan semua jentera supaya mendekati pengundi pada setiap masa, sehinggalah menjelangnya Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan datang pada bila-bila masa saja.
