Sabtu, 13 Oktober 2012

Program Bancian Pengundi DUN Rhu Rendang



UMNO Bahagian DUN Rhu Rendang  mengambil langkah serius dalam usaha memperkasakan kedudukan peti undi di kawasan berkenaan dengan mengadakan ‘Bancian Pengundi’ bagi mempastikan pengundi tetap setia dan sentiasa menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, berkata pihaknya melancarkan pelbagai program dengan menggerakkan semua jentera supaya mendekati pengundi pada setiap masa, sehinggalah menjelangnya Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan datang pada bila-bila masa saja.

Katanya, selain mendampingi rakyat pemimpin masyarakat terutama Ketua Pemuda/Puteri dan Wanita serta  JKKK juga turun padang bagi menerangkan dasar kerajaan negeri dan pusat yang sedang dan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Sejumlah 10 Peti Undi Bahagian DUN Rhu Rendang dengan 31 Cawangan dan 32 JKKK dengan sejumlah pengundi-pengundi yang disenaraikan yang telah dikenalpasti bagi membentuk strateji yang padu untuk memenangi pilihanraya yang mendatang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...