
TAMRIN GHAFFAR LUPA LEMAK BADAN DIA DARI DUIT UMNO! Jangan ada orang MARANG mengikut jejak langkah pengkhianat ini !!!
Tipical mentaliti pengkhianat berketurunan
Melayu. Jika diperhati dari
aspek otak: Mereka ini adalah kelompok yang mewarisi sifat 'malas' yang
dikatakan Penjajah British dulu. Orang Melayu sebenarnya kaum yang banyak
mendapat nikmat. Hidup dirantau khatulistiwa ini memang 'lumayan' dengan sumber
untuk hidup. Persekitaran beginilah membuat sesetengah Melayu ini 'malas'.
Kumpulan yang malas ini tidak
suka berusaha kaw-kaw. Bahkan mereka tak suka berfikir mendalam. Mereka suka
berhibur. Mereka suka 'jalan pintas' untuk cari kekayaan. Usaha kaw-kaw, 'jauh
panggang dari api'. Jadi, 'jalan pintas' ini termasuklah menaikkan 'saham'
sendiri supaya laku.
'Jalan pintas' ini sehingga menghalalkan kerjasama dengan musuh untuk
'menumbangkan' kawan. Itulah sifat dengki dan khianat. Satu keadaan minda yang
boleh membuat mereka ini tidak rasional dalam berfikir atau berhujah. Dan, oleh
kerana suka 'berhibur' seperti kata saya di atas, bila berhujah pun banyak
bergurau - gelak ketawa.
Bila nak buat pendengar 'happy' terpaksa mereka-rekakan cerita. Apa
lagi? Berdustalah. Berbohonglah. Jadi, inilah watak sekelumit (10% 'percentile'
- dalam 'bahasa' statistik) keturunun Melayu yang mudah terdorong mengkhianat
bangsa sendiri.